08 April 2009

Rakyat belum maafkan BN

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.

Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.

Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.

Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.

Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.

Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan. Malaysiakini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...syukur kpd Allah yg telah memberi kemenangan di 2 tempat yg ada hubung kait dgn kepimpinan PAS.. Takbir!!!

dari....anak P.Buntar di Kedah

Te@M IT berkata...

sepanjang mnjalankn tugas n memerhati di BG, km lihat banyk bendera AMENO n Be End di semua tmpat... km tertanye2 kenapa bendera PAS n Poster YB Nizar x sebanyak Be End? Akhirnya km dpt jwpn... Bendera PAS n Poster YB bnyk di tengah jln... ramai dh amek bndera n poster calon awal2 lg.. bwk ke hulu ke hilir...tp org Be End malu nk pasng bendera n poster calon diorg kt kereta...

Tanpa Nama berkata...

Pertama sekali ucapan tahniah kepada DS Nizar dan tahniah kepada semua petugas PR yg bertukus lumus dan berpenat lelah akhirnya terbalas dgn kemenangan DS Nizar. Ini membuktikan bahawa rakyat masih menghargai DS Nizar. Walaupun di tohmah dihina oleh UMNO/BN tetapi rakyat khususnya di Bukit Gantang tidak mudah di gula-gulakan oleh UMNO/BN.

Walaupun Isu derhaka, isu tanah dan terbaru isu ayat al-quran yg di baca oleh YB Ngar rakyat tetap memilih PR. Zaman dan berubah walaupun tak masuk tv Allah ttp membantu dgn adanya teknologi yg canggih adanya blog2 diinternet yg tak mampu disekat oleh UMNO/BN. Depa kata negara demokrasi tp tv surat khabar depa tak kasi masuk. kalau masuk tvpun pemberita yg apa yg pembangkang cakap.

Kemasukan Tun mahathir kedalam UMNO tidak memberi apa2 kesan aura dia pun dah tak dak....(dah lama dah). Kepada Tun baik dok diam2 ja pi masjid bykkan ibadah lagi baik. Dosa dah byk takkan tak mau taubat lagi...awak tu dah tua sementara Allah bg peluang ni gunakanlah sebaik mungkin.

Tahniah kepada DS Nizar, tahniah kepada Manikumar dan tahniah kepada semua yg bekerja keras. Semoga YB2 menjalankan amanah Allah ini dgn sebaik mungkin jgn tang pilihan raya ja muncul dah menang btg idung x nampak. wsalam.

*belalang cyber*

mobiyus berkata...

Tahniah atas Kemenangan ini , Usaha dan curahan titik peluh yg murni dan titisan peluh jg jatuh dimuka bumi Allah akan di balas dengan hembusan murni dari Ilahi , Usaha kepada Nya pasti dijanji saham Akhirat nanti , Oleh itu teruskan perjuangan kepada Agama Allah dan nas-nas Quran jadi ikutan , kemenangan ini adalah jati diri yg sangat hebat kepada golongan anak muda ( seperti kemenangan Kuala Terengganu , Takbir !!! ),generasi pelapis harapan Agama dan Malaysian . "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong" (Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2)

Malaysiakuini berkata...

Syukur pada yang Esa di atas kehendakNya jualah kita beroleh kemenangan ini. Namun, janganlah hendaknya kita lalai dan leka pada bila-bila masa pun, kerana di kiri dan kanan sepanjang jalan perjuangan ini ada perangkap menunggu mangsa!

Brahim Nyior berkata...

Syukran kepada muslimat PAS Terengganu yang berkampung seminggu sebelum PRK. Syukran kepada semua petugas, perayu undi, penyokong dan semua yang telah membantu kemenangan ini.

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kita.

Kepada barisan pimpinan, mantapkan usrah dan tarbiyah dalam kalangan pendukung parti, dan berdoalah agar penyakit UMNO tidak berjangkit kepada PAS.

Insya Allah.

TAKBIR!!!!

Brahim Nyior berkata...

Syukran kepada muslimat PAS Terengganu yang berkampung seminggu sebelum PRK. Syukran kepada semua petugas, perayu undi, penyokong dan semua yang telah membantu kemenangan ini.

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kita.

Kepada barisan pimpinan, mantapkan usrah dan tarbiyah dalam kalangan pendukung parti, dan berdoalah agar penyakit UMNO tidak berjangkit kepada PAS.

Insya Allah.

TAKBIR!!!!