28 Ramadhan 1431 H
Kesemua 22 lif di bahagian pentadbiran, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) berhenti beroperasi awal pagi ini kerana dimasuki air akibat limpahan dari tangki air di tingkat 27 bangunan itu.
Bagaimanapun, tujuh daripada lif berkenaan beroperasi semula pada 8 pagi ini manakala 15 lif lagi masih menjalani kerja pemulihan dan dijadual beroperasi semula seperti biasa esok.
Pengurus Besar Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sistem elektrikal tangki air di tingkat 27 yang gagal berfungsi dan menyebabkan air melimpah yang telah memasuki ruang angkutan lif.
Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan juruteknik PDC Setia Urus, pada kira-kira 4 pagi tadi dan telah ditangani dengan menghentikan limpahan air dan kawalan ke atas limpahan tersebut, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
"Sejak 8 pagi tadi, tujuh buah lif berjaya beroperasi namun kerja-kerja pemulihan operasi lif masih dijalankan untuk memulihkan operasi 15 lif lagi," katanya.
Rosli berkata beliau yakin kesemua 22 buah lif di Komtar akan mampu berfungsi seperti biasa esok.
Kejadian tersebut telah menyebabkan ratusan pekerja di bangunan Komtar bersesakan untuk merebut lif untuk ke pejabat.
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menganjurkan konsert Datuk Siti Nurhaliza secara percuma bersempena sambutan Hari Malaysia.
Beliau berkata konsert tersebut akan diadakan pada 25 Sept di Stadium Bandaraya bermula 8 malam dan penonton hanya perlu membeli sebotol air mineral bernilai RM1 untuk menonton konsert tersebut.
"Penjualan air mineral tersebut adalah untuk menentukan jumlah kehadiran pada malam tersebut," katanya.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan