28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PKR, mengakibatkan beliau menerima nasib sama seperti mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.
Katanya, Ghafar dianggap tidak setia pada Umno lalu diketepikan pada pada 1993 disebabkan parti perkauman Melayu itu menemui seorang calon Timbalan Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyuarakan kebimbangan demikian apabila melihat beberapa pihak menaburkan dakwaan liar ke atasnya sepanjang musim pemilihan kepimpinan parti itu.
"Ada yang diupah...menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencolonkan saya.
"Saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," dedahnya sambil menasihatkan mereka yang terbabit menjelaskan ketidaksetiaannya itu secara rasional dan fakta.
Walhal, beliau menjelaskan bahawa niat bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR itu demi memperkukuhkan kepemimpinan parti serta Pakatan Rakyat.
"Saya masuk Keadilan (PKR) kerana saya mahukan parti ini bergandingan dengan Pakatan (Rakyat) untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata," ujarnya yang juga Koordinator Pakatan Rakyat.
"Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding."
Sehubungan itu, nasihatnya akar umbi PKR wajar menerima pencalonan beliau hari ini sebagai gandingan terbaik bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR secara sihat lagi demokratik.
Zaid dan Azmin Ali menawarkan diri masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Seorang lagi calon yang disebut-sebut adalah Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak.
Penyandang jawatan, Dr Syed Husin Ali mengumumkan sebelum ini tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres PKR Oktober ini.
Media juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan memegang jawatan presiden PKR menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan