02 September 2010

ISU PENTING : FESYEN TUDUNG BERSANGGUL

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.

10 ulasan:

Haji Muda berkata...

Assalamualaikum. Hadis tu kata ( lemah gemalai...bergoyang ) maksudnya tak tetap / tak tegap tetapi sanggul kebanyakkan perempuan ( trend kini )memang nampak bonjol tapi tak bergoyang. Kalau begoyang yang tak boleh. Amacam ?

Tanpa Nama berkata...

Erh, rambut saya panjang (ciri2 kewanitaan), bila ikat rambut mmglah ada bonggol. Bagaimana harus saya pakai tudung kalau macam tu? tak kira lah tudung bawal ke or tudung fesyen sekarang... Advice please.

Yong berkata...

Yob, ade 4 jenis pemakaian sanggul. 1, Ade orang yang rambut panjang, sanggulnya memang nampak walau pakai tudung labuh. 2, Ade yang sebenarnya takde sanggulpun, tapi pakai topi yang ade sanggul palsu dibuat dari span. Inipun boleh kelihatan disebalik tudung macam sanggul. 3, Ade yang pakai sanggul rambut palsu dan pakai tudung sekerat, nampak jambul didepan dan sanggul dibelakang. 4, Yang langsung tak pakai tudung pun ade, tapi tak tahu masuk kategori mana.

NKL berkata...

salam haji muda,
takde pun kalimah "bergoyang" di artikel di atas.. yang tertulis adalah sanggul seperti bonggol unta yang lemah gemalai sahaja..

Tanpa Nama berkata...

kalu pakai tudung fesyen sekarang ni bukan saja nampak bonggol di kepala, bonggol di dada pun nampak. Itulah masalahnya muslimat zaman sekarang mudah sangat terpengaruh dengan fesyen, nak nampak anggun konon!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sabar....

Apa salahnya nasihat en Haji Muda dengan cara berhikmah skit.....

Tanpa Nama berkata...

pakai tudung ja dari tak pakai langsung

Tanpa Nama berkata...

Kalau isteri pakai tudung begitu, pasal laki dia jahil ugama. kalau anak perempuan pakai tudung begitu bapanya jahil agama. tak tahulah orang Islam kita ni semakin hari semakin teruk, kadang-kadang lebih teruk daripada orang bukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya yang dimaksudkan dalam hadis ialah wanita yang tidak bertudung, kalau wanita bersanggul begitu tidak mengiurkan golongan lelaki, tapi sebaliknya kalau dia (perempuan) berpakaian ketat dan nipis... tetapi handaklah dilabuhkan tudung kepala sehingga dibawah paras dada mereka (Labuh)...

Tanpa Nama berkata...

skrg rmbut sya pendek..tapi selalunya sya akan bela rmbut pnjang...n rmbut sya ni jenis yg lebat..kalau nak ikat kena ikat tinggi sikit klau x nanti yanghujung rmbut tu kena kat leher n kena gatal2..x selesa..abis tu kalau cm tu kira x bleh lah ye..kna bela rmbut pndek je ker?...sila komen...