21 November 2011

Sekolah terbakar: 2 guru maut

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JEDDAH: Dua orang guru mati dan 46 lagi, hampir kesemuanya pelajar, cedera dalam satu kebakaran di sebuah sekolah persendirian di Wilayah Safa di Jeddah, semalam.

Kebakaran itu bermula di bahagian bawah tanah bangunan sekolah, berkemungkinan disebabkan oleh litar pintas.

Bagaimanapun belum ada pegawai yang mengesahkan punca kebakaran di sekolah Baraim Al-Watan yang bermula jam 12.57 tengah hari itu. Bangunan sekolah itu menempatkan murid perempuan di tahap tadika, sekolah rendah dan peringkat menengah rendah.

Senarai jumlah mangsa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, menyebut dua orang guru meninggal dunia, 46 cedera dan 23 lagi mendapat rawatan di beberapa hospital.

Daripada 46 yang cedera, dua masih berada di unit rawatan rapi, manakala yang lain mendapat rawatan kerana melecur dan luka ringan.

Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal yang melawat sekolah itu berkata, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Katanya, pegawai Pertahanan Awam telah diminta untuk menyediakan laporan secepat mungkin. -AN

Tiada ulasan: