21 November 2011

2 terbunuh digempur polis Mesir

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH, 21 Nov: Dua orang terbunuh dan beratus yang lain cedera di Mesir selepas polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mendesak pilihan raya pertama diadakan sejak kejatuhan pentadbiran Hosni Mubarak.

Beratus penunjuk perasaan menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi sambil membaling batu dan melemparkan objek lain ke arah anggota polis yang bersenjata.

Pasukan perubatan mengumumkan kematian Ahmed Mahmoud, 23, yang mengalami kecederaan di dadanya dalam kejadian di Kaherah dan Baha Eddin Mohamed Hussein, 25, terkena peluru getah di Alexandria ketika tunjuk perasaan merebak dari ibu negara berkenaan.

Selain itu, turut dilaporkan baratus lagi lemas dalam kepulan asap yang memenuhi dataran tersebut.

Tunjuk perasaan bermula semalam di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh kumpulan yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Aljazeera melaporkan kira-kira jam 11.30 malam tadi waktu Malaysia, anggota polis berjaya meleraikan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Namun penunjuk perasaan didakwa masih berada di kawasan sekitar dan sedia berkumpul kembali.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: