25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KULIM — Dalam keadaan uzur dan diserang angin ahmar seorang warga emas, Jamilah Osman, 70, kini terlantar di rumah ibu saudaranya di Kampung Padang Kulim, di sini sejak dua minggu lalu kerana disisihkan anak-anak.
Keadaan sedih menimpa ibu tua ini bermula setelah seorang anak perempuannya bernama Aminah meninggal dunia setahun yang lalu, kemudian Jamilah menetap di Perak dijaga anak-anaknya yang lain.
Rumah ibu saudara Jamaliah, Zainab Tahir, 80, berhampiran sebuah rumah usang milik keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan tidak dihuni. Zainab yang tinggal bersendirian juga uzur akibat sakit tua.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Padang Kulim, Wan Nazir Wan Abd Rahim berkata, seorang cucu Jamaliah telah menghantar warga emas itu ke rumah lama berkenaan.
Katanya, bagaimanapun kerana rumah tersebut terlalu uzur, cucu Jamilah meninggalkan dia di rumah Zainab, yang kebetulan pula ketika itu tiada di rumah.
Wan Nazir berkata, setelah berbincang, keluarga Zainab bersetuju menempatkan Jamilah buat sementara waktu di rumah ibu saudaranya itu dan dimaklumkan wanita itu dibiarkan setelah wang simpanannya dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dikeluarkan Mac lalu.
Jamaliah mempunyai enam orang anak termasuk Aminah hasil perkongsian hidup dengan suaminya Allahyarham Ahmad Din.
Sementara itu UMNO Bahagian Padang Serai berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim untuk disiasat.
Setiausaha bahagian itu Ahmad Zubib Saad yang mengunjungi Jamaliah hari ini menyampaikan bantuan tabung segera JKM sebanyak RM300, manakala Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Rohana Mohd Yusuf berkata, wanita itu akan ditempatkan di Rumah Ihsan di sini. - Bernama

1 ulasan:
Seelok-eloknya,,,adakan akta baru...humban dalam penjara dgn kerja berat untuk anak2 yang jahat lagi tidak berperikemanusiaan ini.
Catat Ulasan