25 Jun 2021

Senarai 60,000 jemaah haji diumum hari ini

 

LEBIH 500,000 permohonan diterima untuk mereka yang mahu mengerjakan haji tahun ini.

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mengumumkan senarai 60,000 jemaah yang dipilih untuk menunaikan haji, hari ini.

Arab News melaporkan, selepas dibuka selama 10 hari, sebanyak 540,000 permohonan diterima daripada penduduk tempatan dan warga asing yang mendiami negara ini.

Permohonan itu ditutup Rabu lalu.

Menurut kementerian berkenaan, jemaah yang dipilih boleh membuat tempahan pakej haji bermula 1 petang ini (waktu tempatan) atau 6 petang waktu Malaysia.

Kementerian itu menambah, mereka yang berusia antara 31 dan 40 tahun mendominasi permohonan berbanding usia 60 tahun ke atas.

utusan/-


Tiada ulasan: