1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato Sirajuddin Hj Saleh, Pengerusi NGO SEDAR dan QIAM yang bertajuk :
PRU 15 : UMNO, PAS DAN BERSATU PERLU BERTANDING SEBAGAI SATU PASUKAN.
2. UMMAH sebagai penganjur utama Himpunan Perpaduan Ummah bersama NGO2 Islam dan parti2 politik Islam melayu bagi Himpunan Bantah ICERD pada 8 Dis 2019, menyokong penuh cadangan Dato Sirajuddin atas cadangan yang dikemukakan demi menjaga kuasa politik ummat Islam dan orang melayu sebagai majoriti di negara ini.
3. Pepatah melayu, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh adalah sangat tepat membayangkan masa depan orang Islam dan bangsa melayu dinegara ini.
4. Pandangan yang dizahirkan oleh YDPA supaya menurunkan suhu ketegangan politik dengan menstabilkan politik negara mestilah dilihat dalam konteks memperkukuhkan perpaduan ummat Islam orang melayu dan parti-parti politik utama umat Islam dinegara ini.
5. Formula yang paling mujarab ialah permuafakatan semua pemimpin Islam dan melayu di meja rundingan, inilah yang rakyat mahukan, dan bukannya sentiasa bertelagah tampa penyelesaian, menyebabkan rakyat rasa muak, mual dan akhir nya marah.
6. Kepentingan Agama, Bangsa dan Negara tidak boleh digadaikan dengan kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing. Rakyat tidak boleh ditipu lagi buat kali yang keduanya.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
25 Jun 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan