PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.
Sesi penyerahan jawatan itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Acryl Sani di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.
Sebelum ini, beberapa nama yang disebut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, yang ditinggalkan oleh Acryl Sani.
Selain Mazlan, dua lagi nama yang disebut untuk menjawat jawatan berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan