25 Rabiulakhir 1431H.
Ahmad Baei Jaafar
Pernahkah anda ditanya, pendakwah dan juga penerbit buku agama boleh dikira menjual agama kerana mereka yang terbabit mendapat wang untuk kesenangan mereka di dunia ini. Bukankah firman Allah yang bermaksud: “Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah at-Taubat :9)
Sahabat baharu saya, Azmi yang kebetulan berkenalan di sebuah restoran mamak di Bandar Baru Bangi telah menyedarkan saya betapa isu ini masih kurang difahami. Malah kerana tidak faham itu, ramai umat Islam yang termasuk dalam kategori menjual agama.
Azmi berkata, agama tidak boleh jual, bagaimana kalau kita buat majalah agama dan menjual kepada orang ramai. Yang pasti motif daripada jualan itu adalah untuk keuntungan. Sudah tentu menjual majalah termasuk dalam menjual agama.
“Allah sebut dalam al-Quran, jangan menjual ayat Allah dengan harga yang murah, merujuk kepada sikap orang munafiq dan orang Yahudi yang mengambil peluang menyebarkan fahaman agama Islam seolah-oleh mereka tersangat faham ajaran Islam. Tetapi apabila orang ramai sudah percaya kepadanya, maka dia mula mempengaruhi pengikutnya ke arah dirinya,” jawabku.
Memang wujud pada hari ini golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri, kumpulannya atau pemimpin politiknya. Golongan ini akan berhujjah dengan ayat al-Quran dan hadis atau hujjah tokoh-tokoh tertentu untuk meyakinkan orang ramai kepadanya. Tetapi dia cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingannya.
Golongan ini tidak berani menggunakan al-Quran dan Hadis sepenuhnya terutama yang mesejnya agak bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Hujjahnya ialah, perkara ini tidak boleh disebut secara umum kerana terlalu sensitif dan boleh menyinggung perasaan orang lain. “Kita mesti jaga hati orang lain, kita perlu bersikap toleransi, itulah ajaran Islam,” kata mereka.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 41)
Umat Islam yang beriman tidak seharusnya menjadi penjual agama untuk kepentingan diri, tetapi sebaliknya mereka seharus menjual diri, harta dan nyawa mereka untuk kepentingan agama. Inilah yang membezakan orang yang beriman dengan orang munafiq dan kafir. Orang yang beriman sanggup menjual diri demi agama. Mereka sanggup dihina demi mempertahankan agama.
Mereka inilah yang dikatakan berjihad pada jalan Allah. Harta dan nyawa sanggup digadai, dihabiskan untuk menyebarkan Islam. Mereka tidak perduli tentangan orang ramai asalkan agama terus boleh didaulatkan. Mereka ini sudah pasti tidak termasuk dalam golongan yang menjual ayat al-Quran dengan harga yang murah.
Dengan penjelasan ini diharapkan umat Islam terutama pejuang Islam agar terus bermotivasi untuk mengangkat Islam ke tempat yang sewajarnya. Sabahat-sahabat yang seperjuangan dengan saya harus membetulkan kedudukan masing-masing agar ayat al-Quran tetap dirujuk dalam semua keadaan.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

6 ulasan:
Jadi,apa kesimpulannya bg tajuk artikel ni?boleh ke tidak mengarang buku agama yg di dalamnya ada ayat2 Alquran dan Alhadis dan kemudiannya dijual?apa hukum makan duit jualan buku2 tu?dipasaran bnyk buku2 agama spt itu dijual, bahkan buku2 tafsir pn ada...soalan seterusnya, artikel ini nk cerita bab motivasi dakwah ke atau nk minta pendakwah bermotivasi ke atau nk cerita hukum jualbeli buku yg ada ayat2 Alquran di dalamnya?
betul tu..artikel ni x sampai maksud la
apa hukumnya menulis artikel agama dan menjualnya?
dan juga apa hukumnya kalau seorang itu menulig blog agama yang juga disertakan dgn iklan2 utk tujuan keuntungan?
Tak perlu nak berkias gan umno/APCO ni, bukannya faham dia org ni. umno/APCO bukan jual agama untuk keuntungan tapi agama dijadikan bahan loncatan untuk kuasa dan dihina. Cth: tipu buat masjid, surau berjuta ringgit harganya. lps tu kata "kita pejuang agama". Abdullah bin Ubay pun buat masjid masa zaman Nabi Muhamammad (s.a.w) tapi tentang nabi dan jadi munafik. umno/APCO ni ikut perangai Abdullah bin ubay itulah. Klu tak takkan dia tentang org nak islam, mempersendakan undang2 islam dan dptkan nasihat pulak tu dari APCO/Israel laknatullah. Umno mesti di hancurkan, insya allah dengan izin Allah. Takbir
ledang 72,klu nak sokong setia pun guna akal la hangpa pakatan haram yang lacurkan kalimah ALLAH kan x gitu?.sapa yang x mahu islam ni umno ke hanpa pakatan haram.sakai punya ledan72g
Mesejnya jelas di sini bahawa orang yang menjual agama, ayat al-Quran dan seumpamanya kerana untuk kepentingan diri sendiri atau golongan sendiri bukan untuk naikkan Islam.
Bagi pejuang Islam kena tepuk dada tanya iman, betulkan dia berjuang untuk Islam, Allah dan ummah. Kita tulis blog, majalah dan buku adakah untuk naik naikkan diri kita atau Islam. Niat kita yang perlu dibetulkan untuk islam.
Assalamualaikum..saya mungkin terlambat dalam forum ni, tapi bukan ke ayat tersebut (AlBaqarah:41) diturunkan untuk orang yahudi yang tau tentang kebenaran islam yg tercatat dalam taurat, lalu disembunyikan kebenaran tersebut, untuk mengejar kepentingan dunia yg boleh diperolehi sebagai ketua agama yahudi (dan begitu juga kristian).Jadi mana2 orang yang serupa tu, kena tempiaslah dengan ayat ni...
Catat Ulasan