30 Julai 2010

PAS: Ezam parahkan Umno S'gor

17 Syaaban 1431 H

Penglibatan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor dalam 'pertembungan' dua tokoh pemuda Umno Selangor didakwa menambahkan lagi perpecahan dalam parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (kiri) mendakwa, pertembungan antara timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo tidak dapat dibendung lagi, malah sudah menjadi perhatian umum.

"Usaha melibatkan Ezam Mohd Nor dalam kemelut tersebut hanya akan menambah parah perpecahan parti itu di Selangor," kata Dr Hasan.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata penubuhan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) oleh Umno dilihat sebagai satu "usaha terdesak untuk menyelamatkan parti yang hampir karam di negeri itu".

"Umno ternyata gagal dan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang begitu mahal atas segala bentuk korupsi, skandal, penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan Umno Selangor selama ini.

"Mungkin lebih sesuai kempen 'Selamatkan Selangor' ditukar sahaja namanya menjadi kempen 'Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan parti Islam itu tidak pernah jemu mengingatkan bahawa tidak ada dasar dan usaha yang lebih baik untuk menyelamatkan Selangor melainkan berpaksikan ajaran Islam.

"Dasar inilah yang selama ini di perjuangkan oleh PAS, (ia) selari dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini," katanya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Juara Raja Lawak sebelum ni dia bagi parti keadilan parah...lepas dia lompat kat parti UMgok..parti Umgok pulak parah..kecik2 dulu tak mau mampuih..dah tua menyusahkan orang.

Ezam..aku kesian tengok hang!!!kehulu ke hiliaq kat selangor dok buat cerita lawak..bagi puak2 bongok gelak.