30 Julai 2010

was was dalam akidah

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Syaitan adalah musuh manusia yg utama.Firman Allah(maksudnya)"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh"( 6: 35 al-Fatir)syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia.

Firman Allah:"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas.

Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)

Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.

was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?

" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:ذاك صريح الإيمانMaksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas".was was dalam akidah petanda iman di hati.

Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:

تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)

Contoh2 was was dari syaitan:-

1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.

Jenis was was syaitan dalam akidah

pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.

cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-

1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.

2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:

"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."

3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)

Nabi s.a.w bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta'awwus adalah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

atau

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله

Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:

أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:

-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.

Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum ustaz.
terima kasih kerana menulis artikel ini. sejak beberapa bulan yang lalu saya diserang oleh perasan ini. mmg sukar hendak membuangnya. artikel yg saya baca ini sedikit sebanyak melegakan hati saya.

say cuba berubat dengan cara tradisional dan perubatan islam. kebanyakan pengamal perubatan yang saya temui mengatakan saya diganggu jin atau saka. betulkah semua yang dikata kan itu?

Atau waswas yang saya hadapi ini disebabkan penyakit Obsessive Compulsive Disorder? Saya pernah terbaca artikel mengenai OCD ini. dan bukan sahaja umat islam yang mengalaminya. penganut agama lain juga. Boleh ustaz terangkan, mengapa mereka juga mengalami masalah sama? apakah syaitan juga menganggu orang bukan islam?

Tanpa Nama berkata...

sy sdg takut menghadapi was-was dalam akidah...hati sy selalu tidak tenang apabila semua ini dtg...hati sy selalu cenderung melakukan perkara2 yg membatalkan iman sye walaupn saye tahu itu salah..apabila sy sdg keletihan was2 ini dtg dn membuatkan sye tertekan...utk melegakannya sy ikut shj katenye walaupn sye tahu ia adalah salah dan boleh membatalkan iman sye..tlg beri pendapat sikit ustaz...

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih, Saya sedang mengalami was was dalam hati saya. Selepas membaca artikel ini saya berasa sedikit lega. Moga Allah memberkati kita semua. In shaa Allah. Aamiin :)

Tanpa Nama berkata...

tq ustz 4 d info....

Tanpa Nama berkata...

kepada anonymous....jgn begitu jika mengalami was2 hati n awk biarkan sj dan mengikutnya... memang itulah tujuan syaitan... akak skarang umur sudah 30 thn dan akak mengalami was2 hati bermula dari umur 16 tahun... kdg2 rs mcm hampir gila bila memikirkan suma ni tp akak kuatkan juga semangat dan jiwa sebab hati akak yakin sgt2 dengan kewujudan Allah dan rasul cuma kadang2 lintasan hati datang tetiba utk menafikan suma nie... kdg2 dgn adanya was2 akidah nie akak rs x hepi idup sbb akak takut Allah x terima ibadat akak n akak takut jatuh murtad dan sebagainya... macam2 yg akak fikir tapi akak tetap solat, tutup urat sbb akak tetap rs takut dgn Allah... tapi sejak akak mengalami penyakit was2 bermula unr 16 tahun... daripada detik itu akak mula membaca quran sehingga sekarang... mgkn kalau akak x megalami was2 nie sampai sekarang akak tidak jadikan baca alquran sebagai rutin harian rasanya... sampai sekarang penyakit was2 n lintasan nie akan muncul juga tmbh2bila kita berseorangan dan dalam keadaan uzur tapi akak sentiasa lawan dengan byk membaca buku2 melihat kebesaran Allah...tonton rancangan agama... yg penting lawan... Semoga ibadat akak tidak terhapus di sisi Allah selama nie dgn penyakit was2 yang akak tanggung selama nie...itu ja yg akak harapkan...