30 Julai 2010

Setelah gagal satukan PAS dengan UMNO, Harussani kena satukan Mufti dulu.

17 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, bagi saya merupakan penjelasan yang "terang lagi bersuluh" mengenai isu yang hangat diperkatakan sejak lebih seminggu lepas.

Nik Aziz juga dipetik sebagai berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan. Tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit dilihat adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

Kerana itu saya mencadangkan dan memberi tugas baru kepada Harussani untuk satukan dahulu mufti-mufti yang ada di setiap negeri di Malaysia. Nampaknya sejak dahulu 14 orang mufti yang ada di Malaysia tidak pernah bersatu. Terakhir perselisihan pendapat mengenai ESQ Leadership Training Center yang menjadi perbahasan dan pertikaian.

Mufti Wilayah telah mewartakan fatwa pada 17 Jun lalu yang menyatakan bahawa program latihan tersebut sebagai haram, sedangkan Harussani dan mufti yang lain mengatakan tidak bercanggah dengan Islam.

Harussani di usia senjanya sebagai Mufti negeri Perak yang saya anggap diberikan pelbagai ujian oleh Allah khususnya berdepan dengan kemelut rampasan kuasa oleh BN yang menafikan kuasa rakyat di Perak. Kerana itu Harussani boleh kekal sebagai seorang yang dihormati seperti satu masa dulu kalau dia tidak memihak.

Apalagi tindakannya berbohong dalam kes pertemuannya dengan Hassan Ali menambahkan rasa tidak hormat kepadanya. Tindakan nya memihak dan membenarkan dalam apa saja tindakan UMNO jelas menunjukkan tidak matang beliau untuk mengurus kerusi mufti yang disandangnnya.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini beliau mula merungut ada yang menamakannya dengan panggilan yang bukan-bukan yang tidak berminat saya ulangi disini. Tetapi isu sebenarnya kenapa sehingga sudah hilang hormat kepada namanya walaupun masih bergelar mufti ?.

Rasanya tidaklah sanggup penulis blog tersebut yang sanggup berkata dengan bahasa yang sesuai dengan tindakan Harussani sendiri. Bukan dengan tujuan menyokong bahasa yang dikeluarkan itu namun rasanya itulah nasib kepada perbuatan yang dilakukannya sendiri.

Bayangkan semasa beliau berceramah di hadapan pelajar Malaysia di Adelaide Australia, bila ditanya hukum lompat parti, jawab Harussani tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam . Harussani berkata hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun.

Katanya lagi sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan dia menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun disamping dia hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa.

Demikianlah jawapan mudah dari Harussani untuk mengharuskan dan menghalalkan tindakan BN merampas kuasa di Perak. Kalaulah mencuri seekor ayam ada hukumnya, rupanya mencuri mandat rakyat di Perak tidak ada hukum. Sepertilah yang beliau anggap amanah di Malaysia tidak boleh mendedahkan siapa jumpanya, namun di Adelaide dia dedahkan kepada pelajar disana.

Itulah Harussani yang tidak habis-habis dengan tugas barunya sebagai penasihat agama UMNO dan selayaknya dipanggil mufti UMNO.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum! Bagaimana boleh bersatu pak, masakan Islam boleh bersama dengan sekular, iman bersatu dengan kufur,malaikat bersatu dengan syaitan,mukmin bersama dengan munafik,taqwa bersama fasik.

Bagaimana kisahnya/asbabulnuzul turunnya surah al furqan, tidakkah boleh diambil pengajaran dari kisah itu? Pak kiai tentunya lebih arif, apa tah lagi seorang mufti. Pak mufti tak perlu kecoh-kecoh, sudah jadi kepala agama kan baik jaga agama saja. Masalah umat Islam perlu diberi tumpuan, murtadnya, anak luar nikahnya, sosialnya, ekonomi sistem ribanya, kalau pak mufti mahu berfikir sepanjang hari dan sepanjang malam pun belum tentu boleh selesai.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lompat parti tiada hukumnya, takpalah tetapi saya nak tanya sikit,sifat-sifat munafik ada berapa? Berbohong, mungkir bila berjanji, khianat bila diberi amanah ada kena mengena dengan dosa pahala tak? Bukankah golongan munafik tu ditempatkan neraka bawah sekali? Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kebesaran dunia telah menguasai diri dan pemikiran manusia. Nafsu akan menjadi raja dalam diri manusia itu. Tiada lagi amal maaruf nahi mungkar...sebaliknya matlamat menghalalkan cara.
Minyak dengan air masakan boleh bercampur.
Pas dengan perjuangan Quran dan Hadis
UMNO dengan sekular...
Apakah harussani tidak mampu untuk berlapang dada memikirkan perkara semudah ini??
UMNO melancarkan fitnah liwat pada DSAI.
PAS membantu memperjuangkan DSAI yang teraniaya.
Kalau PAS dan UMNO sepakat mencapai perpaduan..siapakah yang akan membela nasib orang yang teraniaya seperti DSAI.
Memang tak hairan lah, mutaakhir ini segala macam maksiat jahilliah telah wujud kembali di bumi Malaysia...????

SENYUM SOKMO berkata...

Tapi kena ingat jugak DSAI macam dah jauh sangat terpesong tidak macam dulu lagi..

Tanpa Nama berkata...

bukankah ALLAH memberi kebenaran kepada manusia utk berbeza pendapat selagi mana tidak melampaui had2 yg ditetapkan oleh ALLAH (al-quran, sunnah)?

dlm isu kes liwat pula, kalau kita betul2 berpegang kpd al-quran dan as-sunnah, kita tidak boleh berpihak kpd sesiapa pun, baik anwar mahupun umno.

bukan ke kat selangor maksiat jahiliyah yg paling meningkat naiknya, di sunway lagoon sj dlm masa terdekat ni ada dua konsert org-bukan malaysia, slash dgn araknya, dan mtv asia - katy perry dgn maksiatnya. pendek kata sama je bn n pakatan.

mariana berkata...

BERAPA BANYAK AHLI DAP MEMELUK ISLAM.