04 Ogos 2010

Kedengkian Barat dan kebudayaannya

22 Syaaban 1431 H
Oleh: Muhd Fadzil

Gereja rancang 'Hari Bakar al-Quran'

NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.

Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan, kempen itu akan memberikan 100,000 salinan al-Quran kepada seluruh penduduk dan pemimpin kebangsaan negara itu.

CAIR juga meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan bermula pada bulan ini.

Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut.

NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain.

'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu'-al-Baqarah 120

Ayat yang diturunkan hampir 1431 tahun lalu ini sentiasa akan benar selama-lamanya. Yahudi dan Nasrani akan sentiasa berdendam dengan orang islam. Kini mereka cuba membuat provokasi dengan cuba menaikkan kemarahan umat islam dengan rancangan membakar al-Quran.

Sebab?

Dalam masa hampir dua ratus tahun sesudah Nabi berhijrah, maka jajahan kawasan Islam itu terlalu luas dan semakin meluas, jauh lebih luas daripada mana-mana kawasan jajahan agama atau imperaturia manapun di dalam dunia, melingkungi segenap pelusuk alam, kawasan-kawasan Eropah Barat dan timur termasuk Turki.

Orang Islam lah yang mula-mula menakluki orang barat, yang pertama memainkan peranan besar dalam menyanjung tinggi pelita ilmu pengetahuan ke pengetahuan Eropah dan dengan kemudian menerangi susasana 'dark ages' yang menyelubungi dunia barat ketika itu.

Ilmuan Islam yang pertama membicangkan tentang pembicaraan akliah menerusi ilmu kalam dengan para failasuf dan ahli teologi agama kristian sehingga pengaruh-pengaruh para ulama, failasuf dan ahli tasawwuf islam itu banyak memberi kesan kepada agamA kristian dan juga pemimpin-pemimpinnya sendiri, dan kebanyakannya kekal hingga dalam sanubari kebudayaan barat itu hingga kini.

Jadi disebabkan pukulan zahir dan batin yang maha hebat yang pernah dikenakan Islam keatas mereka, maka kristian dan kebudayaan barat itu pasti merasa sakit yang tidak tertanggung di hati sanubari mereka, ibarat dilibas oleh cemeti berapi barangkali. Mereka sentiasa mengingati hal ini dan menyimpan dendam yang maha dasyat.

Jadi tidak hairan, kristian atau pun yahudi kedua-duanya sedang cuba melakukan serangan balas terhadap orang islam dan islam melalui samada penyerapan pemikiran kebudayaan barat atau pun secara terus terang seperti rancangan membakar al-Quran ini dan banyak lagi.

Mereka akan sentiasa menanggap Islam itu sebagai musuhnya yang mutlak hakiki dan bandingan tandingannya. Selagi islam itu ada, maka mereka akan terus berjuang menghadapinya supaya mereka mendapat kedaulatan duniawi.

Apa sikap kita?

Saudara-saudara, segera kita menginsafi nasib dan kedudukan agama kita di dunia, jangan kita terus lena dan alpa akan tugas kita sebagai umat islam. Meraka berani berbuat demikian adalah kerana kita!. Mereka melihat kita lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa walhal kita kuat dan berjumlah besar untuk menghadapi mereka.

Ramai daripada kita mengetahui dan mengenali kebudayaan barat dan doktrinnya tetapi kenapa masih mahu menerimanya bulat-bulat dan masih mengagungkannya? Sedarlah saudara-saudara mereka itu mempunyai agenda buruk ke atas kita! tinggalkan hendonisme yang dicipta mereka itu.

Islam perlu kembali seperti sebagaimana kedatangannya dahulu. Dijunjung tinggi. Agama kita adalah agama mulia. Mesti kita pertahankan walaupun hingga titisan darah terakhir.

" Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"- At-taubah 40.Renung-renungkan.

Tiada ulasan: