04 Ogos 2010

Bekas ADUN S'gor ditembak mati

22 Syaaban 1431H.

Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Meng
emaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, hampir jam 6 petang tadi, Khalid berkata hasil laporan awal bedah siasat telah diperolehi di mana Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya.

"Dua kesan peluru pada Datuk Aziz dan satu kesan peluru pada mangsa wanita.

"Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi.

Malaysiakini.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu das pada dato'
2 das pd pembantu nya