04 Ogos 2010

Debat Rakyat, Siapa Pembohong ?

23 Syaaban 1431H.

Kenyataan Media Drs. Khalil Idham Lim.

Saya sangat tertarik dengan ucapan berulang kali oleh MB Kudeta Perak di dalam Sidang DUN Perak kelmarin mengenai kesediaan dan minat nya untuk berdebat secara terbuka dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hand set sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesen. Kerana itu saya berminat untuk mengeluartkan beberapa kenyataan :-

1. Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Saya boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam ceramah kami. Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulagi cabaran DS. Nizar di dalam dewan kelmarin, sekiranya dia "anak jantan" sila sahut cabaran ini dan nyatakan dimanakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu.

3. Ataupun pihak Zambry boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan kami akan datang untuk berdebat. Saya kira Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media BN.

4. Namun begitu saya ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang kelmarin di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang untuk waktu sehari sahaja. Tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang DUN sebelum dari ini, atau dimana-mana sidang Parlimen dan DUN di setiap negeri di Malaysia, adalah menefistasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta dari ADUN Pakatan Rakyat.

5. Sebaliknya mengambarkan juga ADUN BN tidak punya modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM 80 juta . Semuanya ADUN BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal.

6.Dakwaan Zambry dan ADUN BN bahawa DS. Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut bagi saya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengar.

7. Saya akan menunggu jawapan dari Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang saya namakan " Debat Rakyat, Siapa pembohong ?"

4 Ogos 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak/
Ketua Sekretariat PR Perak.

1 ulasan:

Teropong Rakyat berkata...

Yah!! ini yang ditunggu-tunggu. Anak jantan kah Zamry? Temnan tak caya. Tak caya dia akan sahut cabaran ini!