16 September 2013

Tiga termasuk wartawan terbunuh di Syria

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
DAMSYIK 16 Sept. - Serangan bom di barat laut Syria hari ini telah mengakibatkan tiga orang terbunuh termasuk seorang wartawan, kata agensi berita SANA.

SANA melaporkan wartawan yang terbunuh, Fkhreddine Hassan bertugas untuk parti pemerintah parti Baath dalam penerbitan naskah belia.

Dia terbunuh bersama dua yang lain dalam letupan yang mengenai bas yang mereka naiki di barat laut wilayah Idlib, sembilan orang turut tercedera dalam kejadian itu. 

- AFP



No comments: