Naib presiden PKR N Surendran berkata rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam boleh dianggap sebagai "diskriminasi ekonomi berasaskan kaum".
"Pelan ekonomi mengikut kaum ini tidak munasabah, tidak mengikut undang-undang, perlembagaan dan rasis.
"Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan khusus dan terhad kepada bumiputera tidak membenarkan diskriminasi kaum berasaskan kaum yang meluas seperti diterapkan dalam rancangan baru ini.
"Oleh itu Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera melanggar Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan dan amat mendiskriminasi.
"Tiada apa dalam perlembagaan tersebut yang membenarkan kerajaan untuk membentuk dana yang besar, skim saham, pembangunan perumahan dan kontrak untuk kepentingan sesuatu kaum semata-mata," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pelan itu juga melanggar piawai hak asasi manusia antarabangsa.
Beliau juga melihat pelan tersebut sebagai hukuman kepada golongan bukan Melayu kerana mengundi pembangkang dan juga rasuah politik kepada masyarakat Melayu.
"Oleh itu Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan itu secara keseluruhannya tidak sah, bersifat rasi dan jenayah," kata MP Padang Serai itu lagi.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan