Tanpa disedari, sebahagian orang kadangkala terjebak dalam menetapkan syarat yang berlebihan untuk bergaul dengan orang yang lain. Sebahagian orang kaya meletakkan syarat orang kaya juga untuk dijadikan kawannya, orang berpangkat meletakkan syarat orang berpangkat untuk dikenali dan sebagainya.
Padahal meletakkan syarat seperti itu boleh menutup ruang dan peluang seseorang dari memperoleh teman yang banyak, kerana hanya sedikit orang yang memenuhi persyaratannya. Lebih malang lagi, syarat itu boleh menutup peluang untuk berdakwah kepada lebih ramai orang.
Kalau kita meninjau sejarah silam , Rasulullah SAW tidak menetapkan syarat untuk bersahabat. Ada sahabatnya dari kalangan orang kulit hitam, ada juga dari Bangsa Arab, Bangsa Persia, dan lain-lain. Ada juga yang dari kalangan orang kaya, dari kalangan fakir miskin, dan lain-lain. Bahkan, Rasulullah bergaul dengan orang-orang di luar agamanya. Strategi bergaul seperti itu memberikan kesempatan bagi Rasul untuk berdakwah secara lebih luas dan berkesan.
Orang-orang yang sebelumnya menentang ajaran yang dibawanya, seperti Umar, menjadi menghormati dan bahkan memeluk Islam, dan menjadi sahabat karibnya. Dalam Al-Qur‘an juga dikatakan, Allah berbuat baik kepada semua manusia, tanpa syarat warna kulit, suku bangsa, dan sebagainya.
Rezeki diberikan kepada siapa saja yang mahu mengusahakannya. Sepatutnya orang yang beriman sahaja diberikan kekayaan didunia ini, sebaliknya orang yang kufur tidak layak mengecapinya . Namun sifat Rahman Allah meliputi semua makhluknya tidak kira manusia ataupun jin , tumbuhan melata , gunung ganang dan sebagainya.
Seperti itulah manusia diharapkan berbuat baik dan berkawan serta bersahabat tidak mengira siapa saja. mengenali orang iskin memperbanyakkan ibadah dengan bersedakah dan menderma, Kalau tidak, hilanglah kasih sayang antara sesama manusia. diskriminasi, kronisme kesannya hanya membawa kerusakan dan perpecahan ummah. Dengan itu kelemahan umat Islam itu sendiri memberi kesan yang negetif kepada dirinya sendiri.