09 Mei 2010

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas

23 Jamadil Awal 1431H.

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os
man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.

Malaysiakini/-

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis makin ganas.. dorang tak risau.. nanti bos dorang (KPN) akan kata.. "I can pull my man off the road if you want" utk defend anggota dia..

mangkuk ayun pya KPN.. sungguh BODOH dan tak layak jadi KPN..

Edyes berkata...

Ayuh desak PM letak jawatan !!

Artikel terbaru edyes (Mesti Baca!!)

Najib Harus Letak Jawatan !!

cikgu nizar berkata...

bagi saya, eloklah mat rempit diajar seperti itu, yg nak bela mereka pulak buat apa?

P@##S berkata...

HAA...KALI NI APA LAK DEPA NK KATA....MESTI DEPA KATA "ORG RMAI JNGAN BUAT ANDAIAN SENDIRI.."OOO..TPI BILA PIHAK DIA BUAT ANDAIAN N LPASKN TEMBAKAN X PE...HAA..JAWAB JAWAB..JNGAN X JWB..

Tanpa Nama berkata...

Kes ini tak sama dengan Aminul. Aminul keluar tgk bola dan dia bukan nak merempit. Tapi kes nie memang merempit. Budak tu dah tentu salah, mak dan ayah dia pun salah. Polis tu mungkin silap. Dalam isu Aminul saya sokong keluarganya, tapi dalam isu nie, saya sokong polis. Tak semua polis jahat, seperti kata Bang Mat, kalau Bang Mat jadik Menteri Dalam Negeri, polis2 yg problem nie kita bagi kursus kat depa, bukan buang kerja terus...

Tanpa Nama berkata...

polis sebalik nya pula dah jadi gengster menembak sesuka hati dia aje sbb bbrapa kerat anggota yg jadi magkuk ayun anggota yg lain yg patuh dan berkhidmat dgn baik dan professional jadi kecaman, mungkin KPN bagi green light agaknya dlm sejarah polis zaman KPN musa polis jadi mcm ni. ntah lah apa nak jadi polis zaman ni hilang dah intergrity kepolisian.

Tanpa Nama berkata...

Bukan stakat PM je,KPN,TPM dan seluruh kabinet wajib meletak jawatan sterusnya bubarkan parlimen. Ini kes serius,Polis makin ganas dan mengancam orang awam,UMNO-UPCO telah mengadaikan kawasan minyak negara kpd brunei,apalagi yg boleh di harap dr kerajaan? Kami rakyat 1 malaysia menggesa parlimen di bubarkan segera bagi memberi mandat kpd rakyat utk memilih kerajaan baru.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jd bebudak skrg, atau apa dah jd pulak bapak2 skrg..

Tanpa Nama berkata...

elok la kali ni budak tu cedera di tembak kalau tak nanti dia cedera aksiden moto kalu tak menyebabkan pengguna jalanraya yg lain cedera... itu la faedah nye merempit... golongan macam ni kene ajar sikit... saya pun x sokong polis tu.. mungkit dia pun tension hari2 tengok budak2 merempit..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...
tembak dulu, bru tanya...
That cool man...