09 Mei 2010

Mufti diminta nyatakan hukum judi bola sepak

23 Jamadil Awal 1431H.
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 8 Mei: Para mufti di negara ini diminta mengulas dan menyatakan hukum berhubung cadangan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 khususnya dari sudut agama Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa, berkata sekiranya terdapat seorang mufti mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, PAS dan rakyat meminta mufti mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.

Katanya, mufti jangan berdiam diri dalam soal itu kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui ayat yang sama bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar.

Katanya lagi, keputusan kerajaan itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ianya telah disiarkan oleh televisyen.

Kelmarin, Awang Adek dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Tambahnya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

“Saya sebenarnya tidak menonton televisyen, sudah hampir 10 tahun saya tidak menontonnya, saya mengetahuinya melalui satu sms.

“Antara yang terkandung dalam sms itu, apa sudah jadi Datuk? Awang Adek dah lulus lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010, kononnya tidak mahu adanya aktiviti judi haram tanpa lesen,” ujar Husam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga seterusnya membertahu, malang sekali rakyat Kelantan khususnya sekiranya masih memberi undi kepada Awang Adek sehingga tidak tahu perjudian tetap haram biarpun berlesen.

Sambungnya, perkara yang sedemikian (haram dianggap halal) akan berlaku dan terus berlaku sekiranya Umno memisahkan agama dengan politik.

“Adakah rakyat di negara ini masih memandang remeh terhadap keputusan kerajaan ini apa lagi ianya membabitkan soal agama, tak rasa sensitif dan jijik ke terhadap tindakan itu?

“Malang sungguh kita sekiranya membiarkan perkara ini berlaku,”ujarnya lagi.

Husam memberitahu, berikutan keputusan kerajaan meluluskan lesen tersebut, ada seorang wanita Cina menghubunginya supaya bertindak menahan agar lesen tersebut tidak berjaya dilaksanakan.

Katanya, menurut wanita Cina itu lagi, masyarakatnya akan lebih kemaruk sekiranya aktiviti itu dibiarkan sehingga akan berlaku huru hara dalam keluarga.

“Kalau orang Cina boleh berfikiran sedemikian, kenapa kita orang Islam memandang remeh serta turut menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan BN,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

WAHAI PAK2 MUFTI, MINTA TOLONG PERJELASKAN HUKUM HAKAM JUDI BOLA SEPAK INI YANG DICADANGKAN OLEH TIM. MENTERI KEWANGAN INI SEBELUM IANYA DILULUSKAN OLEH KABINET NAJIB. KALAU DILULUSKAN, INSYA'ALLAH BALA AKAN TURUN KAT MALAYSIA INI KERANA PERBUATAN YANG HARAM DIBIARKAN BERLELUASA. SAMA2 DIFIKIRKAN DAN DIRENUNGKAN......

Tanpa Nama berkata...

Taktau apa nak jadi dengan Malaysia ni macam-macam hal, judi nak dihalalkan, nak jadi wanita pertamala, bunuh orangla tah macam-macam lagila. Apa-apa kita mesti tumbangkan umngok baru puas hati teman, lawan tetap lawan itu baru betul betul tak para yb semua

Koleksi Hadis berkata...

Assalam..

(Semua tulisan ini diambil dari web 1malaysia dan penerangan.gov.my)

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati [b]lapan nilai 1Malaysia[/b], iaitu

1.budaya kecemerlangan
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan [b]memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi[/b]. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.

2.ketabahan
Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang [b]percaya kepada kerja keras[/b], sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi.

3.rendah hati
Bersikap rendah diri [b]pada dasarnya adalah satu aset [/b](pelaburan) kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati.

4.penerimaan
...ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. [b]Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara[/b].

5.kesetiaan
Tetapi [b]seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia[/b], dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan

6.meritokrasi
Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Frasa ini berasal dari buku tulisan Michael Young 1958 bertajuk Rise of the Meritocracy atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana [b]status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya[/b].

7.pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya [b]empayar yang berteraskan akal yang terus wujud[/b], khususnya dalam konteks semasa.

8.integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. [b]Bercakap benar kepada mereka[/b].

me : Perhatikan 8 nilai tersebut.. arak dah bagi lesen, babi dah bagi, rumah urut dah bagi, riba (along dah bagi, kini dengan nama koperasi), kasino dah bagi... takkan 'bookie' tak bagi kot.. tak lengkap la maksiat kalo takda 'bookie'..

me : Jangan tgk kerajaan je, tgk diri kita dan kawan² yang lain, judi rokok, judi teh, judi roti canai dan kiranya judi kecil²an la.. Bukan piala dunia je, game bola biasa pon jadi.. Ada kita penah tegur? Dapatkah pelesenan ini membendung perkara ni?

me: Kalau disentuh 8 nilai tersebut, boleh jadi buku atau boleh jadi i.s.a..*hmm* sama² kita renungkan nilai tersebut (terutama yang bold) samada bertepatan atau tidak dengan impian rakyat didahulukan..

Tanpa Nama berkata...

me : .. arak dah bagi lesen, babi dah bagi, rumah urut dah bagi, riba (along dah bagi, kini dengan nama koperasi), kasino dah bagi... takkan 'bookie' tak bagi kot.. tak lengkap la maksiat kalo takda 'bookie'..

me : Jangan tgk kerajaan je, tgk diri kita dan kawan² yang lain juga, judi rokok, judi teh, judi roti canai dan kiranya judi kecil²an la.. Bukan piala dunia je, game bola biasa pon jadi.. Ada kita penah tegur? Dapatkah pelesenan ini membendung perkara ni?

samurai68 berkata...

pe cite chief of mufta malaysia pak harusana sini, tak kan diam je kot, tak de komen ke, jangan le dok mentekedarah duit gaji hasil dari benda haram, kamu tu mufta

L a n Z a L I berkata...

negaraku merdeka !

Malaysiakuini berkata...

Sudah terang lagi bersuluh. Judi itu HARAM, bila masa pulak jadi harus ni...!

Tanpa Nama berkata...

Mana NGO yang memperjungkan Islam tak dengar bantahan pun