اَلْحَمْدُ
لِلّهِ الَّذِىْ اَنْزَلَ عَليْنَا الْكِتَابَ وَلَـمْ يَجْعَـلْ لَهُ عِوَجًا.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله
وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِيْنَ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ.
فيا عِبَادَ اللهِ
اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تَُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُـنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada kepada saudara sekalian dan tidak
lupa juga kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana
orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat keberuntungan
di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada kepada saudara sekalian dan tidak
lupa juga kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana
orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat keberuntungan
di dunia dan akhirat. Firman Allah swt :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ
تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً
فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ
عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ
اللهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Artinya : Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa
Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah
kamu karena nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. - Ali-Imran ayat 103
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ummat yang kuat adalah ummat yang bersatu padu dan
ummat yang bersatu tidak akan mudah digugat dan tidak gentar dengan mana-mana
ancaman dan ugutan. Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan kerana
dengan perpaduanlah akan dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan. Sebaliknya
Islam sama sekali tidak membenarkan perpecahan kerana perpecahan akan membawa
kepada kehancuran dan huru-hara. Ummat yang berpecah akan mudah dihancurkan
oleh musuh Islam kerana perpecahan akan menghilangkan kekuatan sesuatu ummat
atau bangsa. Sesungguhnya perpaduan tidak harus dipandang hanya pada aspek
pertahanan dan ketenteraan semata-mata malah meliputi berbagai aspek dalam
kehidupan. Musuh Islam tidak melihat hanya kepada satu sudut sahaja, malah
mereka melihat di mana sahaja ruang kelemahan yang ada pada kita. Oleh itu kita
perlu menguatkan perpaduan dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, sosial,
politik dan sebagainya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Persaudaraan adalah kunci kepada perpaduan. Semakin
erat persaudaraan yang dijalin maka semakin kukuhlah perpaduan sesuatu ummat
atau bangsa. Konsep dan semangat
persaudaraan perlu dipupuk dan disematkan dalam jiwa setiap muslim malah
persaudaraan juga merupakan ciri-ciri orang beriman. Sebaliknya permusuhan, perbalahan
dan perseteruan adalah musuh utama kepada persaudaraan. Jesteru itu, sesuatu bangsa atau kaum sering bermusuhan
dan berbalah maka sebenarnya mereka tidak bersaudara,apatah lagi untuk membentuk
sebuah kesatuan dan perpaduan.
Hadirin yang Dirahmati Allah,
Begitu banyak
ayat al-Quran menyentuh tentang perpaduan dan persaudaraan. Antaranya Allah swt
berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. - Al-Hujurat ayat
10
Demi untuk mengekalkan
hubungan persaudaraan, maka Allah menganjurkan supaya dilakukan usaha-usaha
perdamaian dan Islah apabila wujudnya tanda-tanda bahawa sesuatu hubungan itu mulai
retak. Allah swt juga memberi amaran
kepada kita semua supaya jangan berpecah belah apabila telah nyata sesuatu
kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah hak mutlak Allah maka kebenaran
hendaklah ditentukan berdasarkan Syariat
Allah. Firman Allah :
وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ
وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ
لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬
Dan
janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah
berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi
Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar -
Ali-Imran 105
Inilah yang
dimaksudkan oleh Allah dengan Syariat yang telah diturunkan kepada para nabi
dan rasul sebelum kerasulan Muhammad SAW.
Setelah datangnya Islam kepada Nabi Muhammad saw, maka termansukhlah
segala Syariat terdahulu dan seluruh manusia wajib beriman dan berpegang teguh
dengan Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan tidak ada sebab
lagi untuk kita berpecah belah.
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيب
Maksudnya: Dia telah
mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan
kepada Ibrahim, Musa, dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu
berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik
kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya
dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang
kembali (kepada-Nya). - Assyura ayat 13
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ ,
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ
لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
KHUTBAH
KEDUA
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى
وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا
وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ
الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ
الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا
عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُونَ.
قاَلَ
الله تَعاَلَى : وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
Ya
Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih
menderhakai Mu ya Allah.
Ya
Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih
sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk
memaksiati Mu ya Allah.
Ya
Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu ini namun Engkau masih melimpahi
nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk
kami menyesal dan bertaubat.
Ya
Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih sayang dan
pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.
Ya
Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah. Sambutlah permohonan kami ini
ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya NerakaMu walaupun kami tahu
amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurgaMu namun kami masih
berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa
kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.
Ya
Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga
sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya Allah kembalikanlah sikap
tegas dan berani kepada kami.
Ya
Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara
Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin
jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan Allah nanti. “Ya
Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami”
Ya
Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara
Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang
lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan
dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, isteri- isteri
mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri-isteri kami. Ya Allah
hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu ya Allah.
Ya
مُثَبِّتَ الْقُلُوْبِ tetapkan hati-hati saudara-saudara kami di Mynmar,
saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di
Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak
berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian yang menimpa. Kalau
mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah kami semuanya di dalam
syurgaMu Ya Allah.
Ya
Allah kami semua yang hadir ini memohon restuMu agar mengurniakan taufiq,
inayah serta riayah kepada Raja kami DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah
Ghafarullah lah.
Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini
membentengi agamaMu di negeri ni. Kurniakanlah kepada hamba-hambaMu ini
penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam
mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain. Demi Allah, kami rakyat mengikat
janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba-hambaMu ini selama mana mereka
mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،
وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ
مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ
فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا
آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ.
عِبَادَ
اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ
الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى
نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
Disediakan oleh,
AF Hj Abdul Farid bin Salleh
Imam Besar
Masjid Sultan Idris Shah II
Ipoh, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan