Phnom Penh: Ribuan penyokong pembangkang di Kemboja melancarkan tunjuk perasaan di tengah kawalan keselamatan ketat, semalam berikutan isu pertelingkahan pilihan raya yang melanjutkan pemerintahan Perdana Menteri, Hun Sen sejak tiga dekad lalu.
Pembangkang, Parti Penyelamat KebangsaanKemboja (CNRP) yang memulaukan Parlimen berhubung undian kontrover-si Julai lalu, berkata ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghentikan sebarang pertembungan jika ada pihak yang memprovokasi rusuhan.
Bantahan 3 hari
Ia berlangsung secara aman. Jika ada sebarang keganasan, ia bukan datang daripada kami” Sam Rainsy, Pemimpin CNRP
“Ia berlangsung secara aman. Jika ada sebarang keganasan, ia bukan datang daripada kami,” kata pemimpin CNRP, Sam Rainsy pada sidang media sambil menambah bantahan itu akan berlangsung selama tiga hari.
Bantahan itu menyebabkan seorang penunjuk perasaan maut dan beberapa lagi cedera selepas pasukan keselamatan bertembung dengan pembangkang yang membaling batu.
Pembangkang menuntut siasatan bebas terhadap dakwaan penipuan pilihan raya, yang menjerumuskan negara itu ke kancah huru-hara politik.
Rainsy yang berkunjung ke Amerika Syarikat bulan ini sebagai usaha menarik perhatian masyarakat antarabangsa, berkata pembangkang tidak akan berundur.
Dakwa curi undi
“Kita tidak boleh melupakan penyelewengan, kita tidak boleh bergerak dengan wajar kecuali ia diselesaikan,” katanya mengulangi dakwaan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Seng merompak undian.
Di tengah ibu kota ini, kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menyertai perhimpunan itu awal pagi semalam, menurut seorang jurugambar AFP.
Ramai memakai reben di kepala membawa slogan seperti ‘Di mana undi saya?’ ‘Kami perlukan satu jawatankuasa kebenaran,’ dan ‘Hidup demokrasi!’
“Jika mereka tidak pulangkan undi, saya akan membantah sehingga kerajaan lumpuh,” kata Phay Math, 72. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan