25 Ogos 2010

Isu Khutbah : UMNO bina benteng baru

14 Ramadhan 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sebagai seorang yang bukan berbangsa Melayu sangat terkilan dengan kejadian yang berlaku dalam isu bacaan khutbah di negeri Pulau Pinang yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Terkilannya saya kerana pada anggapan saya UMNO telah cuba membina benteng baru untuk mengesahkan bahawa Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja dan dilarang sama sekali untuk bangsa lain khususnya dalam hal mendoakan kesejahteraan kepada bangsa lain.

Kesejahteraan yang saya maksudkan ialah mendoakan bangsa lain di Malaysia supaya mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah, kerana Allah lah yang berhak dalam memberikannya kepada hamba-hambanya yang dia kasihi.

Persoalannya apakah masaalahnya sehingga UMNO tersangat takut dengan doa kepada non muslim. Malah bagi saya membesarkan perkara yang bukan wajib didalam doa itu adalah perkara yang tidak bertanggung jawab demi kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan dan kononnya dia lah pembela Raja melayu dan melayu. Sedangkan kenapakah UMNO sepi membisu bila Rosmah mendapawa dia wanita pertama dengan membelaki Raja permaisuri Agong yang sebenarnya layak dengan gelaran itu. Ini adalah satu contoh dari banyak lagi tingakhlaku dan ucapan pemimpin UMNO yang menghina Raja Melayu dan melayu.

Namun kejadian di Pulau Pinang yang gencar dan sedang diperbesarkan oleh UMNO yang diketui oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi memperlihatkan usaha UMNO untuk menyempitkan Islam untuk orang melayu dan dilihat bahawa UMNO cuba membina imejnya dengan cuba menjuarai isu tersebut dengan andaian Melayu akan kembali menyokong UMNO.

Selain itu rasa kesal yang amat sangat apabila Mufti yang menghalalkan rampasan kuasa di Perak dengan cepat mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh khatib yang membaca doa adalah haram. Tanpa usul periksa dan mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu, Harussani telah melakukan kesilapan yang besar dan menyeretnya kepada perhatian umum bahawa cakapnya sudah tidak boleh dipakai sekarang ini.

Sebagai seorang yang bergelar mufti, Harussani sepatutnya perlu menjelaskan doa yang bagaimana yang diharamkan, dan doa yang bagaimana yang di halalkan, atau paling kurang sinonim dengan naman harussani iaitu harus.

Insiden yang berlaku di Pulau Pinang adalah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Dalam keadaan pandangan bangsa lain yang telah berubah kepada Islam sejak tsunami politik 2008 yang melihat dan menyakinkan keterbukaan Islam sehingga mereka memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang dan beberapa negeri lain. Kaum Cina di pulau Pinang memberikan sokongan kepada Parti PAS dalam keadaan gabungan Pakatan Rakyat terus diperkuatkan dari saat tertubuhnya gagasan itu di Ipoh pada malam 9 mac 2008.

Sejak dari itu saya melihat bangsa lain semakin memahami dan tidak takut lagi untuk mendekati Islam, sedangkan selama ini UMNO lebih 50 tahun tidak menggunakan peluang dalam tempoh yang panjang itu untuk menjelaskan Islam kepada pemimpin bukan melayu dalam komponen BN.

Yang kedengaran cuma kata-kata celupar dari pimpinan BN, tidak terkecuali dari bangsa Cina atau India, termasuklah pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang terkadang menhina Islam dan hukum hakamnya.

Kemelut yang berlaku di Pulau pinnag saya yakini tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat tetapi akan memperkuatkan lagi gabungan politik yang menjadi harapan masa depan malaysia yang kita sayangi.

Kalau isu dapat ditasngani oleh Pakatan Rakyat dengan baik saya yakin kaum bukan Melayu akan melihat bahawa Islam tidak sesempit yang ditohmah oleh UMNO selama ini.

Apalagi saya kira UMNO sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pakatan Rakyat, isu perkauman yang satu persatu diperbesarkan nampaknya tidak menjadi.

Oleh itu saya menasihati diri saya dan semua rakan dalam PR supaya sangat berhati-hati dalam tindakan dan ucapan agar terelak dari UMNO dan BN yang sedang mencari helah untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

6 ulasan:

id_z3r0 berkata...

salam tuan...blog tuan telah diletakkan malware...harap dpt dibersihkan....

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang mempunyai fikiran terbuka tentang Islam mereka akan faham yang puak UMNO masih keliru tentang Islam walaupu telah dianuti sejak lahir(kononnya).Mereka tidak faham Islam adalah untuk seluruh Alam bukan sesuatu kaum,bangsa,negara,benua.Puak UMNO juga merasakan mereka masih berkuasa walaupun tiada hak.Inilah mentaliti puak UMNO.Baru jadi ketua cawangan lagaknya macam menteri,apalagi yang ketua bahagiannya...macam raja bila berdepan dengan rakyat......ISLAM ADALAH UNTUK SELURUH ALAM BUKAN HAK UMNO.

Melayu yang susah nak lupa berkata...

Nak buat macam mana YB, UMNO nilah yang dipuisikan oleh Dr. M sebagai Melayu Mudah Lupa. Saya pun Melayu jugak tapi bukan spesis diaorang barangkali, saya masih ingat kekejaman mereka di Memali, Lubuk Merbau dan beberapa tempat yang lain. Saya ingat kebanyakkan kebodohan, kesombongan dan kealpaan mereka di dalam pemerintahan negara.

Saya rasa UMNO ini akan jadi sasau dan gila bayang kalau Lim Guan Eng memeluk Islam. Saya tertarik dengan kata-kata mantan ahli kumpulan nasyid Raihan, yang memeluk Islam pada usia 13 tahun, sebaik mengucap dua kalimah syahadat apa yang dirasanya adalah perasaan bebas dari satu bebanan. Jadi sakit sangat barangkali spesis UMNO ini mendapat seorang saudara di dalam agamanya anutannya. Barang kali ahli-ahli UMNO ni perlu disuruh mengucap berkali-kali dengan khusyuk baru dia dapat merasai kemanisan hidup di dalam Islam.

Tanpa Nama berkata...

salam YB , saya amat sedih dengan tingkah laku pemimpin2 umno terkadang mereka tak dapat membezakan Islam dan melayu .... Islam adalah milik semua kaum , seluruh dunia mengenali Islam tapi tidak bagi umno yang di rasuk pelesit kegilaan kuasa yang pasti akan dirampas oleh Allah swt ... in'ssyaallah. segala tindakkan mereka membenarkan takdir Allah swt keatas mereka kelak . Kita wajib mendoakan non-muslim agar mereka mengenali Islam dan diberi hidayah agar menerima Islam, kalau pun kite mungkin kite tak mampu utk menerang apa salahnya mendoakan utk mereka ? ...pemimpin2 umno dah jauh tersesat dari Islam yang syumul apatah lagi utk mengamalkannya .. malah merekalah yang menghina ulamak hatta jangkut Nabi saw yang mulia pun mereka hina .... "Ya Allah Kau cabut lah kuasa yang ada ditangan mereka(umno)dan serahkanlah kepada mereka yang beriman memerintah kami ... amin "

dhuen77@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

salam YB..

sebagai seorang melayu islam saya amat kecewa dan marah dengan sikap pemimpin UMNO yang cuba menjadikan islam sebagai agama eksklusif bangsa melayu sahaja sedangkan ini amat bertentangan dengan ajaran islam itu sendiri. tindakan mereka2 inilah yang sebenarnya menjauhkan lagi bukan melayu terhadap islam dan lebih buruk lagi, menimbulkan prejudis terhadap islam. wlaubagaimana pun saya yakin kemenangan adalah milik agama Allah jua akhirnya. semoga kita istiqamah dalam perjuangan ini, amin...

Tanpa Nama berkata...

nabi muhammad s.a.w pernah mendoakan 2org yg bkan ugama islam dan menyebut namanya sekali...