25 Ogos 2010

CAP gesa henti segera jual minyak sapi QBB

14 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.

“Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Menurutnya lagi, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan, dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera,” tegasnya.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biskut arab, biskut makmur, suji ~ guna minyak sapi.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata minta ladang lembu susu di Pahang yang pernah buang susu sebab tak laku, cuba cadangan pada mereka untuk membuka kilang buat minyak sapi, keju dan produk tenusu... fardu kifayah tu. Mungkin Pahang boleh dijadikan 'Kantung Susu Negara'.

Tanpa Nama berkata...

Nasi beriani gam pun guna minyak sapi Ghee baru sedap... myk sapi lain takde rasa langsung

Tanpa Nama berkata...

Saya baru aje beli minyak sapi QBB. Terkantoi nak buat macamana. Marilah kita sama-sama boikot penggunaan minyak sapi QBB. Walaupun baru beli, terpaksalah saya buang.