14 Ramadhan 1431 H
Oleh: Humayun Kabir
DAP hari ini mencadangkan kerajaan persekutuan supaya memansuhkan permit import (AP) kereta sekarang ini daripada menunggu sehingga 2015 - yang sekaligus dapat memastikan negara mendapat pendapatan RM3.6 bilion setiap tahun.
Penolong bendahari DAP, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan berkata wang RM3.6 bilion hilang setiap tahun itu boleh digunakan bagi membina 90,000 unit rumah kos rendah dan menyelesaikan masalah setinggan di Malaysia.
Menurut Nga, kerajaan mengeluarkan antara 100,000 hingga 120,000 AP setiap tahun, dengan setiap satunya bernilai RM40,000, berjumlah RM4.8 bilion.
Bagaimanapun, kerajaan hanya mengenakan bayaran RM10,000 bagi setiap AP itu dan mampu mengutip RM1.2 bilion bagi 120,000 AP yang dikeluarkan. Justeru, setiap tahun pendapatan RM3.6 bilion hilang.
Menurut Nga, oleh kerana kerajaan amat merlukan dana, menghapuskan AP akan bermakna lebih banyak wang untuk keperluan asas rakyat Malaysia yang selari dengan slogan Najib, 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.'
Katanya, polisi kereta BN itu perlu dikaji semula kerana ia didakwa memiskin Malaysia dan rakyat, dakwanya dipaksa memberi subsidi kepada Proton selama 26 tahun sejak kereta nasional itu dilancarkan pada 1984.
Nga berkata dasar perlindungan yang memihak Proton menyaksikan ramai rakyat Malaysia terpaksa membeli Proton kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas kereta yang diimport.
Nga, juga mendakwa kerajaan telah membelanjakan RM500 juta untuk menubuhkan syarikat itu tetapi 97 peratus daripada kereta yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan.
Justeru, dengan hanya tiga peratus, buatan keretanya diimport, Proton, kata Nga tidak banyak menyumbang kepada pendapatan negara.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan