03 November 2013

Lebih 50,000 Bas Sekolah Tidak Berdaftar Dengan SPAD - Syed Hamid


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.

Syed Hamid berkata, kebanyakan pengusaha bas sekolah terutamanya di kawasan luar bandar tidak mendaftar dengan SPAD kerana mereka menggunakan bas lama yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan suruhanjaya itu.
"SPAD tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen bas sekolah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.
"Sesiapa pun boleh memohon asalkan dia berkelayakan seperti warganegara Malaysia, tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan seorang yang bankrap," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini Sabtu.
Katanya, penyediaan skim insurans itu adalah untuk memastikan kenderaan yangdigunakan membawa murid-murid sekolah terjamin keselamatannya. - BERNAMA

No comments: