03 November 2013

Ribut petir diramal di Sungai Limau esok

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau esok.
   
Bagaimanapun, ribut petir diramalkan pada sebelah petang, kata jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon Pas Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, lebih 90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi PRK Dun Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas.
   
Beliau berkata, kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan. - Bernama

No comments: