03 November 2013

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan dekat Kuala Kangsar

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang baru pulang menyertai karnival motosikal di negeri ini maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Changkat Jambu, Kati dekat sini, petang semalam. 


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Fauzi Mamat, 39, yang berkonvoi bersama beberapa rakannya dari Taiping dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar. 


"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai yang berkonvoi bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bergesel dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas di tepi kiri jalan. 

"Mangsa yang cedera parah di kepala maut di wad kecemasan hospital kuala Kangsar," katanya. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967. BH/-

No comments: