03 November 2013

Isu patung kaki: Provokasi melampau

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Pas menganggap tindakan pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’ sebagai provokasi melampau.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana melibatkan sensitiviti keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Razak.

“Tindakan mereka merupakan satu penghinaan kepada Allahyarham. Bukan saja ahli keluarga Allahyarham yang tersinggung, malah penyokong Allahyarham juga terguris dengan perbuatan mereka.

“Kita tidak mahu menuduh sesiapa. Namun, pihak yang melakukannya perlu segera tampil meminta maaf,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden menggantung patung kaki di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar.

Katanya, perbuatan tersebut juga menggugat kempen secara aman yang diamalkan Pas sepanjang tempoh PRK Dun Sungai Limau.

Dalam pada itu, katanya, tindakan susulan terhadap pihak terbabit akan ditentukan oleh pentadbiran Pas Kedah.

Sinar Harian/-

No comments: