13.Kenangan Dulu2...
Alhamdulillah selepas 5 tahun ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan Nor Ainah bt. Ahmad orang Perak yang kebetulan kuliah di IAIN Ar Raniry Aceh juga. Saya ke Aceh pada tahun 1986 dan Isteri datang ke Aceh pada tahun 1987.
Apabila cukup 5 tahun dan tamat pengajian pada fakulti dakwah pada tahun 1991 kami balik ke Malaysia dan selamat di nikahkan pada malam 17 ogos 1991.
Sesudah itu saya menangguhkah majlis konvo untuk menunggu isteri tamat pengajian pada tahun 1992 dan selepas dia tamat saya dan beliau mengikuti majlis konvo bersama dan balik Malaysia.
Nikmat menunggu Isteri tamat pengajian saya dapat mengikuti program Kuliah Kerja Nyata atau lebih dikenali dengan KKN sebnyak 2 kali. Sekali dalam memenuhi program pengajian Dakwah sendiri dan selepas khawin saya diikut sertakn dalam KKN bersama isteri di satu kampung pendalam Aceh di Aceh Barat, tak salah saya namanya Desa Tanah Mayang.
KKN adalah program wajib selama swkitar 2 bulan pada semster akhir dengan nilai 4 Kredit sebelum tamat pengajian. Ianya semacam pengabdian dan khidmat masyarakat sesuai dengan bidang pengajian kami. Alhamdulillah ianya memberi banyak pengalaman dan satu medan untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi di bilik kuliah.
Sebenarnya bukan senang untuk membuktikan kepada keluarga bahawa saya masuk Islam adalah kerana Islam bukan seperti anggapan mereka saya khawin kerana nak khawin dengan Melayu. Namun Allah mengatur sesuatu yang terbaik untuk hambaNya yang kerdil ini.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan