11 March 2014

Travelog Idham Lim (10)

9 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
12. Kenangan Dulu2... Sambung kisah semalam...... .

Bila sepupu saya meminta jaminan..."Kalau benar kamu masuk Islam kerana nak kepada Islam saya nak tengok kamu tidak khawin selepas ini selama 5 tahun".....

Dengan merenung tepat aras mukanya saya dengan tenang sambil memberikan senyuman menjawab..."Perkara ini saya tidak boleh jamin kerana setakat yang saya tahu soal jodoh dalam Islam Tuhan yang tentukan,mana saya boleh berjanji selama 5 tahun tidak khawin"...
Seingat saya pertemuan itu mampu saya yakin kan beliau bahawa saya masuk Islam bukan kerana hendak khawin dengan seseorang. Dan saya juga yakinkan anggapan saya telah berkhawin dengan seorang anak tok imam yang belajar sekelas dengan saya adalah tidak betul kerana saya telah putus hubungan dengannya beberapa bulan sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Alhamdulillah Allah selamatkan saya dari perkara yang membawa anggapan yang tidak baik itu. Semasa saya mengucap 2 kalimah syahadah fikiran saya hanyalah memilih Islam sahaja dan tidak terlintas seseorang yang ingin dikhawini...

Sebenarnya inillah persoalan besar yang sedang bemain dalam fikiran keluarga Cina dan termasuk India serta bangsa lain di negara kita yang beranggapan anak mereka masuk Islam kerana ingin berkhawin dengan gadis atau jejaka Melayu. Saya pernak buat kajian dalam thesis pengajian saya yang memang dalam rekod yang ada di Majlis Agama Islam Kelantan dimana individu yang memeluk Islam rata-rata telah berkhawin apabila saya hubungi.

Ada kes dimana seorang wanita yang terbiar tanpa mendapat didikan agama yang sewajarnya dan tidak mampu membaca Al Quran walaupun sudah 5 tahun masuk Islam. Dia masuk Islam ketana hendak khawin dengan teman lelakinya berbangsa Melayu.

Dalam istilah umum kita lebih suka bercakap dengan istilah "khawin campur'. Kerana perkara itu biasa berlaku dan menjadi kelaziman termasuk kepada kakak kandung sendiri yang berkhawin dengan lelaki pilihannya selepas tidak beberapa lama masuk Islam maka tempiasnya kena pada diri saya juga.

Pada masa itu mereka mencari cari termasuk di rumah tok imam yang mereka anggap saya berkhawin dengan gadis melayu itu.

Saya tidak terkejut dengan soalan dan jaminan yang diajukan oleh sepupu saya tadi kerana sudah menjadi kelaziman perkara itu berlaku bila anak mereka masuk Islam.

Namun Allah selamatkan hambanya bernama Idham Lim dan penegasan saya tidak berkhawin selepas masuk Islam adalah jawapan sebenar kepada sesungguhnya saya masuk Islam adalah kerana Islam.....

Bersambung....

No comments: