Kenangan Dulu2....Kebetulan saya masih di China lalu nak berkisah bagaimana saya berada disini sehingga sekarang masih berulang alik ke China.
Pertama kali saya menjejakkan kaki di China ialah pada tahun 1998. Selepas menjadi guru sekitar 5 tahun saya mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan keluarga, kerja dan negara tercinta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa dan kebudayaan cina di Jinan Universiti Guangzhou. Selepas berbincang dengan isteri yang pada masa itu kami mempunyai 2 anak maka saya mengambil keputusan dan isteri membenarkan saya ke china walaupun kami merasa berat dengan keputusan itu.
Namun saya agak merasa lega kerana pada masa itu isteri mengajar di Parit Buntar dan tinggal bersama keluarganya di Parit Tok Ngah.
Lagipun setiap cuti semester saya mengambil peluang untuk balik Malaysia untuk bersama keluarga. Selama saya di sana alhamdulillah pengajian berjalan lancar dan pada semester terakhir pada tahun 2000 saya sempat membawa keluarga selama 2 bulan menetap di China
Pengajian selama 2 tahun di china pada masa itu meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis. Disamping saya sangat menyanjung tinggi pengorbanan yang diberikan oleh Isteri melepaskan saya ke China. Saya juga mendapat dokongan yang kuat dari jemaah dan ahli jemaah. Saya melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar dan jawatan Exco Pemuda PAS Perak pada masa itu. Saya masih ingat bila satu majlis perpisahan dibuat oleh PAS Kawasan Parit Buntar dan mereka mendokan perjalanan saya itu. Itulah nikmat berjemaah pada masa itu. Selain itu banyak ahli jemaah yang bersama sama saya untuk menginfakkan kewangannya bagi menampung kos pengajian yang tinggi . Mereka secara peribadi menghubungi saya dan malah ada yang menganjurkan program ceramah dan melancarkan kutipan derma untuk saya di dalam dan di luar Perak. Akhbar Harakah juga menyiarkan berita saya ke China dan melancarkan kutipan derma. InsyaAllah jasa mereka tidak akan saya lupakan dan saya doakan agar mereka diberikan pahala yang berganda ganda di sisi Nya.
Semuanya tinggal kenangan, saya menang dan menjadi ADUN Titi Serong pada tahun 2008 dan selepas itu dipilih menjadi calon Parlimen Kuala Kangsar pada tahun 2013 dan saya membuat keputusan berpindah menjadi ahli PAS Kuala Kangsar.
Prinsip saya ialah masuk PAS untuk lawan parti lain, buat apa berbalah sesama sendiri, Rasulullah pun berhijrah dalam meneruskan dakwahnya. Itulah prinsip yang saya pegang. Walaupun manusia tidak menilai. Allah pasti menilainya dengan sangat saksama dan sangat adil.
Semasa belajar di Guangzhou semuanya jauh berbeza dengan masa sekarang. Contohnya sehingga tahun 2000 akhir pengajian saya di china tidak semudah sekarang untuk cari kedai makanan halal. Kalau di Guangzhou tempat saya belajar kedai makan halal boleh dikira dengan jari..Pelawat dari Malaysia pun tidak seramai sekarang yang datang ke China termasuk Guangzhou.
Sekitar Kolej yang padat dengan penduduk itu tidak ada satupun restoran halal. Lain keadaannya dengan sekarang. Diluar pagar kolej dan sekitarnya ada 3 restoran halal semasa saya melawat kesana pada bulan Januari lepas.
Untuk mendapatkan bahan mentah seperti daging halal saya beli setiap hari jumaat di mesjid Hui Sheng di Guang Ta Lu yang lebih dikenali dengan Mesjid Saad Abi Waqas bila saya kesana untuk solat jumaat setiap minggu. Untuk ikan, sayur dan lain terdapat pasar berdekatan dengan kolej.
Selain itu bekalan bahan perencah dan makanan segera dari Malaysia saya bawa secukupnya setiap kali balik Malaysia.
Pada masa itu saya tidak terdedah dan tidak terfikir dengan peluang perniagaan yang saya nikmati sekarang. Mungkin kerana saya teringat untuk menghabiskan cuti belajar dan segera pulang ke Malaysia bila tamat pengajian bagi meneruskan perkerjaan saya sebagai guru. Lain jadinya dengan pelajar sekarang dek kerana terdedahnya dengan peluang bisnes mereka semacam tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian .
Saya gunakan cuti hujung minggu dan hari hari dimana jadual kuliah yang tidak ketat untuk mengajar Al Quran anak-anak pegawai Konsulat Malaysia. Adalah sedikit imbuhan dari mereka. Mereka sesudah balik ke Malaysia masih menjadi teman akrab dan berhubung sampai sekarang.
Selepas menamatkan pengajain saya balik ke Malaysia dan disibuklan semula dengan kerja asal sebagai guru dan dilantik semula sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar dan Exco Pemuda PAS Perak. Sehingga saya dipilih menjadi calon PAS kali pertama untuk DUN Kuala Kurau saya sebelum itu sempat mejawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak dan terakhir sebagai Setiausaha Pemuda PAS Perak . Diperingkat Parit Buntar saya dipilih sebagai Timbalan YDP.
Selepas Tamat pengajian kali pertama saya berkunjung sewmua ke Guangzhou ialah pada tahun 2003 bersama ayah angkat Ust. abd Rahman salleh dan Ust Suhardiman dari Pahang untuk meninjau perniagaan di Guangzhou
BERSAMBUNG.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan