18 Julai 2014

Mayat berkecai kelihatan di tempat kejadian

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

GRABOVE, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat berkecai dilihat berselerak dalam kesan serpihan pesawat MH17 yang dipercayai terhempas di kawasan yang dikuasai pemisah di timur Ukraine. 

Kesan serpihan bersepah sepanjang beberapa kilometer dan bahagian ekor pesawat penumpang itu kelihatan di ladang jagung berkenaan dengan lambang Penerbangan Malaysia. 


Menurut saksi, jet itu meletup di udara sebelum serpihannya jatuh ke kawasan yang luas. 

Penduduk tempatan yang terkejut bergegas ke tempat kejadian dan menyatakan serpihan terbabit dijumpai di sebuah kawasan perkampungan kira-kira sembilan kilometer dari tempat kejadian. 

“Saya baru hendak tidur pada kira-kira jam 4 petang apabila terdengar bunyi kuat,” kata Katya, 64. “Ia seperti gempa bumi.” 

Anak perempuannya, Natalya, 36, berkata dia melarikan diri ke tempat selamat apabila terdengar bunyi letupan itu. 

“Saya bawa bayi saya untuk bersembunyi di bilik bawah tanah,” katanya. - AFP 

Tiada ulasan: