18 Julai 2014

Trend wanita berkelakuan agresif meningkat

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

  • Dr Mohamed Fadzil Che Din

  • Dr. Mohamed Fadzil Che Din
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Wanita berkelakuan agresif di negara ini kini menunjukkan trend meningkat, demikitan menurut pakar psikologi.
  
Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, pakar psikologi sosial, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata ada di antara golongan wanita itu cuba memupuk nilai dalaman diri untuk menjadi seperti 'super woman'.

  
Ada juga segelintir golongan wanita berasa kekok dengan imej feminin dan ini membuat mereka berusaha untuk mengubah konsep kendiri, katanya kepada Bernama hari ini.
  
Dr Mohamed Fadzil berkata, perubahan nilai itu juga seolah-olah mendapat sokongan masyarakat apabila ada pemimpin wanita tempatan yang berkelakuan agresif ketika berkempen dan berdemonstrasi.
  
Beliau mengulas mengenai satu rakaman video klip yang tersebar luas di media sosial memaparkan seorang wanita yang berang apabila keretanya bergesel dengan kereta dipandu seorang warga emas.
  
Video itu merakam perbuatan wanita itu mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng dan mendesaknya membayar ganti rugi.
  
Sementara itu, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata pembuli jalan raya dapat diketegorikan kepada pembuli pasif dan pembuli aktif.
  
Pembuli pasif, katanya adalah seperti pemandu yang memotong barisan, enggan beratur dan tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain.
  
"Yang berbahaya adalah pembuli aktif...mereka agresif, bertindak menyerang atau memukul pemandu lain sama ada menggunakan senjata atau tidak, jika berlaku sesuatu insiden," katanya.
  
Beliau menasihatkan mangsa supaya tidak keluar dari kereta kerana kereta merupakan pelindung atau perisai terbaik untuk melindungi diri dari dicederakan.

Jika seseorang yang menjadi sasaran pembuli jalan raya itu ialah penunggang motosikal, mereka harus berlindung di rumah ibadat, balai polis atau tempat yang mempunyai ramai orang, katanya. - Bernama

Tiada ulasan: