18 Julai 2014

Nahas MH17: 'Hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia'. Pihak bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan - Najib

20 Ramadhan 1435. [MOD] -
Nahas MH17: 'Hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia' - NajibPERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang, awal pagi ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan). - Foto NSTP
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

"Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku," katanya. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mendesak pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat itu mesti dibawa ke muka pengadilan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media khas insiden pesawat MH17 terhempas di sini, sebentar tadi.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev mengandungi pasukan kecemasan dan perubatan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Tiada ulasan: