18 Januari 2009

Kuala Terengganu, Pembuangan undi berjalan lancar.

KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Suasana pembuangan undi di semua tempat mengundi berjalan lancar ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang agak baik pada sebelah pagi. Petugas dari Parti PAS telah kelihatan seawalnya sejak jam 7.30 pagi bersiap di bangsal panas yang disediakan untuk menunggu waktu mengundi dibuka.

Pada hari ini seramai 80,229 pengundi Kuala Terengganu, iaitu 78,927 adalah pemilih biasa dan 1,302 pula pengundi pos yang merupakan 1,001 anggota polis, 27 tentera dan 7 individu berada di luar negara.

Pengundi tersebut akan memilih calon masing-masing dalam pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, calon BN, Wan Ahmad Farid dan Bebas, Azharudin Mamat.

Setelah 12 hari kesemua calon yang bertanding menyakinkan pengundi melalui pelbagai aktiviti kempen.

Dijangkakan keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 10.30 malam setelah semua kota yang dibawa dari pusat pembuangan undi ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud.

Dari segi komposisi penduduk Kuala Terengganu memiliki 87.4 peratus pengundi Melayu, 11.6 peratus Cina dan 0.7 peratus India serta 0.3 peratus lain-lain.

Parlimen ini dipecahkan kepada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bandar, DUN Ladang, DUN Batu Burok dan DUN Wakaf Mempelam.

Pilihan raya kecil ini adalah penting bagi BN kerana akan mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada perubahan yang didakwa dilakukan kepada rakyat disamping merupakan usaha untuk mempertahan kerusi yang dimenangi oleh BN pada PR ke 12 lepas.

Kemenangan bagi calon PAS adalah kemenangan besar bagi pengukuhan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen dan ke arah pembentukan kerajaan baru.



Berikut ini koleksi gambar di Kuala Terengganu untuk tatapan pengunjung....



Helikopter pihak keselamatan yang berlegar tidak kira siang atau malam.



Bergambar bersama Timbalan Presiden PAS/Pengarah Piliharaya KT, Ust. Nasarudin Mat Isa di rumah aktivis PAS di Kuala Ibai

Bergambar bersama ADUN Limbongan bersama dengan rombongan dari PAS Kawasan Petaling jaya Utara. Kami tertarik dengan bendera besarnya dan sistem audio yang dipasang di kenderaannya.

Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar.



Drs. Khalil menyampaikan kuliah di Surau Kg. Kolam.


Menyampaikan sedikit sumbangan semasa melawat penempatan petugas Perak di Kg. Kolam.


Bertanya sesuatu kepada petugas DAP dari Jalong, Sungai Siput yang tinggal serumah dengan petugas PAS.


Perang bendera.


Bergambar bersama En. Muhammad Ali, satu-satunya pengayuh beca yang saya temu di Pasar Payang meletakkan banyak bendera di becanya disamping memakai baju berlambang bulan.