KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Calon PAS dalam PR Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631. Wahid mendapat 32,883 undi mengalahkan Calon BN, Wan Farid yang memperoleh 30,252 undi dan calon bebas Azharudin yang cuma mendapat 193 undi.
Peratus yang keluar mengundi ialah 79.9 peratus , manakala undi rosak sebanyak 665 undi. Demikian diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu sebentar.
Kemenangan itu disambut oleh sorakan dan laungan takbir oleh puluhan ribu Pakatan Rakyat serta mendapat pengawalan ketat oleh pegawai keselamatan.
Setelah hampir sejam Abdul Wahid yang diiringi oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR keluar dari stadium untuk menemui penyokong yang setia menanti. Setelah beberapa ketika mereka masuk kembali ke arah stadium.
Sebelum itu penyokong yang berada di garisan pagar kawalan keselamatan sempat mengaminkan bacaan doa dari salah seorang penyokong.
Keceriaan jelas kelihatan di semua wajah penyokong sehingga satu arahan rasmi dari Polis meminta semuanya bersurai kerana jalan akan dibuka kembali bagi laluan kenderaan seperti biasa.
Pada masa ini gerombolan motosikal dan kereta pelbagai jenis yang mengibar bendera pelbagai saiz sambil membunyikan hon kenderaan masing-masing.
Bagaikan suatu pesta,Kuala Terengganu pada malam ini menyaksikan laungan takbir, bunyi hon kenderaan memecah kesunyian malam.
Tahniah kepada semua pejuang dari seluruh pelusuk negara,jauh dan dekat yang bertungkus lumus memenangkan calon PAS.
Selamat bertugas YB. Hj. Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.