19 April 2009

Suruhanjaya Piliharaya Menjadi Jurucakap BN

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.

Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi. Blog Suara Perak.

5 ulasan:

checkmate berkata...

maaf tuan..

adakah tuan ni salah seorg
exco perak pakatan rakyat?

sekadar bertanya

Tanpa Nama berkata...

org beriman dan takutkn pembalasan di padang mahsyar x kan sanggup diperkuda utk menindas org lain....sebarang gelaran dan pangkat di dunia x akn dpt membntu melepaskn diri dr sebrg kejahatn semasa di dunia ini...takutlh kepada ALLAH..
damak...

Tanpa Nama berkata...

Ya betul memang bazir wang. Nak mudah dan jimat cadang parti yang yg letak jawatan ganti calon lain yng sesuai tak perlu pilihanraya. Isi je tempat kosong.Jimatlah duit..er tapi beli dakwat 4 juta tak bazir pun

Tanpa Nama berkata...

chekate takde soalan lain ke,biasanya siapa yang biasa dengan Cina Islam tentu dah tahu.Lecehlah kalau exco perak dulu pun tak tau atau ada hiden agenda !

hamdi Ishak berkata...

mereka rasa rugi dan duit habis begitu saja kerana mereka KALAH dalam PRK baru2 ini. Bayangkan kalaulah mereka yang MENANG dalam semua PRK tersebut...lainlah pulak statementnya.