19 April 2009

Speaker Perak gantung Setiausaha, SUK tegas tidak sah ?

IPOH: Krisis politik Perak memasuki episod baru hari ini dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak - buat kali kedua sejak penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan Speaker itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak, Abdul Rahman Hashim pula menegaskan, keputusan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Abdul Rahman berkata, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

Tanpa merujuk kepada peraturan Dewan Perak mengenai status Setiausaha Dewan dan perlantikan oleh Speaker, Abdul Rahman dilihat memberi ulasan sebelah pihak ?

"Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan.

"Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak selain daripada yang dinyatakan di atas (JPA, kerajaan negeri dan SUK) tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak untuk mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan SUK negeri Perak.

"Begitu juga mana-mana pihak yang lain tidak berkuasa dan tidak berhak sama sekali mengambil sebarang tindakan yang lain seperti membuat pelantikan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk jawatan Setiausaha DUN Perak tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Perak dan saya selaku SUK negeri Perak," kata Abdul Rahman.

Sivakumar hari ini mengambil tindakan menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini tengah hari tadi, Sivakumar turut mengumumkan pelantikan Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan Abdullah sebagai Setiausaha DUN sehingga beliau (Sivakumar) mengeluarkan keputusan selanjutnya.

Perlu diingatkan perlantikan Misbahul Munir yang menjalankan tugas semasa Sidang Tergempar pada 3 Mac lepas adalah dibawah bidang kuasa Speaker DUN dan begitu juga dalam hal sidang yang akan berlangsung pada 7 Mei nanti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INI UNDAMG2 RIMBAKE?

Bah Protokol SUK Perak berkata...

Hello En Abdul Rahman SU Negeri..kamu tolong buat kerja dan tugas kamu yg betul..jangan campur hal ehwal politik dalam kerja kamu..kamu kalau nak campur politik sila letak jawatan PTD haprak kamu tu..aku dah meluat tgk gelagat bodoh kamu..aku sebagai staff kamu pun tak suka cara kamu di SUK Perak..Aku org SUK perak tak suka kerajaan haram bertapak di SUK Perak..Kamu memang tak guna..dari dulu kamu la puncanya..

Tanpa Nama berkata...

Bangun...........bangun.........bangun.
Baca,tulis,dapatkan ilmu,berita,maklumat,info.
Celik ICT, celik berita,celik maklumat,celik info.
Fikir,fikir,fikir.......di...luar kotak minda.
Adakah kita semua rasa;barang naik,ekonomi naik,gaji naik,tahap hidup naik..tol naik..projek untuk rakyat naik..
Apa yang belum naik......naik angin pengundi yang layak mengundi.
Berubah...berubah.....berubahlah......atau rebah.

Tanpa Nama berkata...

takbir!
Dr, boleh ulas lebih lanjut

Tanpa Nama berkata...

Bini Abdul Rahman Hasyim ni punyala sombong. Baru jd Pengetua Sekolah Menengah dh berlagak.Guru2 sekolah pn byk yg x suka.