19 April 2009

Sidang DUN Perak : Speaker dihina ?


Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang didampingi oleh ADUN Titi Serong menyatakan sesuatu kepada rakan media.


"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker" Kata V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatut dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" DUN.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Hj. Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approch" dan tidak ikut protokol" memaklum perkenan itu kepada ADUN.

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata " kenapa kelam kabut" ?

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekira Speaker Dewan Rakyar, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri ?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontraversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa " tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah ADUN PR akan hadir pada sidang 7 Mei. Katanya " Perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu di sampaikan kepada kami, sah atau tidak".

"Sekali lagi BN buat telur busuk" kata Khalil.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika undang2 dunia sanggup kita pijak,kuasa speaker sanggup umno..bn TIDAK.Tak mustahil apa kuasa kita mahu lawan.
Apakah sudah tiada nilai kemanusiaan dalam diri..hei..umno bn.
Adakah ini poranda yang umno..bn mahu untuk mengekalkan kuasa.
Adakah ini hadiah untuk rakyat perak hei....umno...bn.
Takutlah akan kita semua, bahawasanya TUHAN yang lebih berkuasa.

Prof. Era Pasca berkata...

salam tuan ijinkan sy menyebarkan entri ini dalam blog sy... tq :)

Dan berkata...

Bubarkan DUN Perak...

suara dari anak Changkat Jering, Perak!

Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

Putra IJ80 berkata...

Kepada YB.YB Yg.di hormati(Khususnya di Perak).

Berilah sokongan yang tak berbelah bagi pada Hamba Allah V.Siverkumar ni....

Besar dugaan yg.di hadapi nya.

Calang calang orang bole pengsan (Bahasa kiasan nya).

Saya teringat kata Speaker Kelantan Dato'Wan Rahim.,dia baru tapi sudah mengalami peristiwa yang tak pernah di lalui ole speaker lain.

TAHNIAH YB V. SIVERKUMAR.

Lawan Tetap Lawan.

Tanpa Nama berkata...

Masalah ini mesti diambil tanggungjawab oleh ketua negara komanwel.