19 April 2009

Zambry dahului senarai penerima darjah kebesaran Perak

KUALA KANGSAR : Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.

Dr Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar adalah dua penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada 44 penerima.

Dua penerima darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah anggota Exco kanan kerajaan negeri Perak Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland, Raja Nazrin Raja Aznam.

Seramai 33 orang pula menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Mereka terdiri ahli Exco kerajaan negeri Dr Mah Hang Soon; Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Kenering, Mohd Tarmizi Idris; Adun kawasan Rungkup, Sha'arani Mohamad; Ketua Pengarah Arkib Negara, Sidek Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Yaakop Fakir Mohd.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Said; Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Dr Safry Kamal Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Masran Salleh; Pengarah Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Mohamad Noor Ayoob; Timbalan Pengerusi Eksekutif TSH Resources Berhad, Datuk Dr Tan Aik Pen;

Ketua Pakar Perunding Kanan Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Amar Singh; Pakar Perunding Patologi di HRPB, Dr Norain Karim; Pengarah Urusan KTM Berhad, Abdul Radzak Abdul Malek; Yu Kuan Huat dari YNH Property Berhad; serta Cheah Keng Meng; Hamdan Ahmad; Mohd Azmi Othman; Dr Mukudan Krishnan; Dr Alagappa Muthiah; Lt Kol (B) Justpall Singh Sandhu; Dr Sarjeet Singh.

Pengurus Besar Ang Piew Artist Sdn Bhd, Ong Ang Kieu; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Berhad, Datuk R Santhara Kumar; Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr S Sivanesan; Pengarah KL Kepong, Taiko Yeoh Eng Khoon; Pengarah Urusan Remco, Mohd Syaifu Abdullah; Pengerusi FMM Perak, Gan Tack Kong; serta Goon Eng Wah; Chung King Tong; Ten Choo Lai; dan Wan Azahari Yom Ahmad.

Sembilan penerima darjah Datuk Pahlawan Taming Sari ( DPTS) yang membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas 2 Briged, Brig Jen Datuk Zulkifli Mansor; Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital TLDM Lumut, Brig Jen Dr Zulkaflay Rahman; Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Pertama, Syed Zahiruddin Putra; Panglima Bantuan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Abdul Rahman Abdul Karim; Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman.

Asistan Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara di Kementerian Pertahanan, Brig Jen Datuk Mohammad Noh Mohd Said; Panglima 2 Divisyen Udara TUDM Labuan, Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa; Timbalan Ketua Polis Perak, SAC I Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, SAC II Sulaiman Mohamad.

Antara tujuh penerima Tauliah Jaksa Pendamai (JP) ialah bekas Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Sultan Perak menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 10 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 45 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 21 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 178 penerima.

Seramai 222 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 257 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Antara penerima PCM ialah Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Omor Saad dan Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan.

Pengarah NAM News Network, Rachman Yeop Norodin adalah bekas Editor Eksekutif Bernama dianugerahkan PMP manakala Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah; Ketua Biro New Straits Times Perak, Muhammad Husairy Othman; Ketua Biro Berita Harian Perak, Ridzuan Yop; pemberita Tamil Nesan, S Balakrishnan dan pemberita RTM Perak, Samat Majid dianugerah AMP.

Timbalan Ketua Unit Foto Bernama, Zid Omar, pemberita Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, dua pemberita The Star, Sylvia Looi Lee Phing dan Christina Koh Siew Kim, serta pemberita Nanyang Siang Pau, Tan Kay Aun dianugerah PPT.

Jurugambar Berita Harian, Ikhwan Munir dan jurugambar Bernama Md Dusa Abas pula adalah antara penerima PJK. - Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah buat nizar

Tanpa Nama berkata...

Abdullah Antong Sabri tak dapat apa-apa ke?

Tanpa Nama berkata...

APALAH YANG NAK DIHARAPKAN KEPADA RAJA-RAJA.PAKAI NAMPAK MACAM CERITA MELAYU DULU-DULU. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.DI AKHIRAT KITA RAKYAT AKAN TUNTUT NANTI..

Tanpa Nama berkata...

Adakala Raja terpaksa ikut Memanda kerana Memanda yang bayar gaji Raja...tak gitu?