Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN).
Kenyataan yang dikeluarkan Najib diatas, adalah sesuatu yang jauh tersasar dengan tindakan beliau mengemukakan Kabinet yang dinamakan pasukan baru yang pada hakikatnya membawa berbagai masalah kepada BN.
Kalaulah Najib dapat mencium bau bahawa rakyat menolak pemimpin yang tidak dekat dihati, dan BN masih lagi diterimanya kenapakan Najib sengaja mencipta masalah dan membawa masalah baru ke dalam kabinetnya melantik menteri dan timbalan menteri dikalangan orang yang pada hakikatnya jauh dihati rakyat malah telah ditolak oleh rakyat di dalam pemilihan parti atau didalam pilihanraya.
Kenapakah Najib melantik nama-nama seperti Khor Su Koon (Menteri di JPM), Awang Adik (Tim.Menteri Kewangan), Sharizat Jalil(Menteri Perpaduan dan Wanita)dan Chew Mei Fun (Tim. Menteri Perpaduan dan Wanita). Mereka bukannya wakil rakyat berarti ditolak oleh rakyat, macam mana boleh dekat dihati rakyat. Perlantikan mereka sebagai Senator satu-satunya tiket melayakkan mereka jadi menteri. Mereka tidak ada rakyat yang diwakilinya.
Selain itu perlantikan Jamil Khir Baharum dan Mashitah Ibrahim yang langsung tidak bertanding untuk mendapat kerusi ahli parlimen sebagai menteri dan timbalan menteri juga membuktikan Najib membawa masalah kepada BN.
Penolakan beberapa orang pemimpin UMNO oleh rakyat dalam kelompok partinya sendiri sebagai menteri dan timbalan menteri juga menafikan kenyataan Najib pada hari ini. Kenapakah Najib sanggup membawa masuk Rais Yatim dan Mukhris yang telah ditolak oleh UMNO sendiri. Apakah sudah tidak cukup ahli parlimen BN sehingga hak mereka dinafikan dari dilantik ke jawatan itu.
Rais dilantik sebagai menteri Penerangan, kebudayaan dan kesenian, manakala Mukhris dilantik sebagai Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Terang lagi bersuluh sebenarnya Najib ingin menegakkan benang yang basah dengan sekadar mengandaikan diri sendiri yang menang majoriti besar di Pekan, tetapi ingatkah Najib kepada kemenangan tipisnya ditempat yuang sama pada tahun 1999.
Sesungguhnya BN ternyata sudah ditolak oleh rakyat pelbagai bangsa dan Agama. Politik pecah belah, pecah dan perintah dan pengabaian kepada keperluan rakyat selama lebih 50 tahun yang lampau telah mula dihukum oleh rakyat dalam gelombang tsunami politik pada tahun 2008 yang lepas.
Rakyat sudah mengenal BN yang lebih mementing kroni berbanding rakyat sebab itu padah yang lebih besar akan menimpa parti cap kati yang semakin reput itu. Lonjakan penerimaan rakyat kepada pakatan rakyat yang membawa politik baru insya Allah sukar dibendung lagi.
Kekalahan demi kekalahan BN dalam PRK adalah bukti BN telah ditolak, sebab itulah walaupun belum ada kepastian namun ada kewajaran BN sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan Pakatan Rakyat di Penanti dan PRK lain kalau ada.

8 ulasan:
Salam YB.
Bagi saya kesilapan besar Najib ialah membawa Tekukur tua yang dibenci pendengar itu ke hadapan. Dan ada pula desas desus yang mengatakan bukan sekatan dibawa pulang bahkan tangannya pula meraba punggung.
Terima kasih saudara.
Saudara lebih arif memahami kandang BN.
Dalam Islam.
Agama melarang keras kita suka menjaga tepi kain orang.
Adakah saudara sendiri ingin mencari kelemahan pihak lawan untuk memenuhi perasaan cemburu dan iri hati melihat kejayaan orang lain.
Adakah sifat Syaitan ingin melihat manusia Islam berpecah?
Bersyukurlah.
Jika ramai orang Kapiaq di Malaysia mendapat hidayah dari Allah.
Adakah Sunah nabi mengajar kita mencari kelemahan musuh ? saya rasa saudara lebih memahami ajaran Al-Quran dan sunah nabi.
Adakah perjuangan siasah mengikut ajaran yang sebenar atau sudah jauh menyimpang dan telah menyesatkan umat Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar.
aku berdoa; "Aku berlindung kepada Allah dari siasah/politik yang menyesatkan dan bisikan syaitan ke dalam hati umat manusia".
ADAM AMIN
Kg Jerlun,
Kedah.
Kalau Cina tu satu-satu rakyat Malaysia maka betul lah tu...
Tuan Penulis,
Saya rasa kita tidak perlu berkempen lagi untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Didalam media2 baik elektronik mahupun cetak, mereka sendiri telah berkempen agar rakyat menjauhi Barisan Nasional.
Tidak mengambil kira pandangan rakyat dan dalam siaran berita hanya untuk mengampu dan menyedapkan hati barua2 Barisan Nasional.
Biarlah.. biarlah.. biarlah..
Biarkan Barisan dengan labu2nya.. labunya tidak akan dapat menentang arus kehendak rakyat..
Assalamualaikum wbt,
Kepada en. Adam Amin,
Sungguh indah anda beretorik...
Ayat penuh pujian tapi berbisa penuh makna...
Anda ingin berlindung daripada siasah/politik sedangkan siasah/politik kotor ysng ada sekarang itulah yang menentukan halatuju negara Malaysia sekarang. Bagaimana anda ingin membersihkannya? Bagaimana anda ingin menasihatkan pencuri atau pembunuh supaya menghentikan kejahatan mereka? Contohnya; bagaimanakah anda ingin menyuruh pencuri atau pembuhuh supaya menghentikan kejahatan mereka? Adakah cukup dengan menjauhi mereka tanpa mendedahkan keburukan mereka kepada umum dan bertindak menangkap/menjatuhkan mereka??? Bagaimana anda ingin mengelak dari berpolitik dari sedangkan anda BERADA DI BAWAH SISTEM PERINTAHAN YANG SIFATNYA POLITIK?
Bagaimanakah caranya yang tuan cadangkan untuk kita berpolitik dang mengambil alih pemerinthan negara daripada golongan dan membuat kehancuran dan kerosakan di muka bumi malah menghina hukum-hukum Allah? Adakah cukup dengan saudara mendiamkan diri dan berdoa tanpa berusaha seperti yang saudara buat sekarang?
Insan kerdil,
Lahad Datu, Sabah
Assalamualaikum YB Drs,
Sapa pandai2 kata Umno BN ditolak rakyat nie? Pandai2 je puak2 PR ni...buat 'fitnah' bukan2. BN umNO masih diterima rakyat la.. sebab tu Umno BN 'menang besar' di PRK Permatang Pauh, PRK Kuala Terengganu, PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau, dan mungkin lepas ni PRK Penanti (tu pun kalau kami bertanding la).
Apa yang Najib BOHONGkan kepada media/rakyat tu adalah benar, umNO Be End masih lagi diterima rakyat (rakyat BN UMNO je la), rakyat terbanyak tolak.
kepada pemuda pas kemahang..tul ko kamu ni sokong BN??....tapi nak guna penyamaran atas nama PAS..kan lagi teruk namanya tu..kalo tul sokong BN, guna nama BN..kita org tak kisah..lagi la tak marah..sebab terus terang guna nama nick yg tul..ni tak..guna penyamaran..insaf la wahai sahabatku..
pemuda pas kemahang 1 tu sindir tu..jangan marah kat diaa...he he
Catat Ulasan