KUALA LUMPUR, 17 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa tindakan kerajaan pusat merampas royalti petroleum di Terengganu sewaktu PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu adalah berunsurkan politik serta membelakangi perjanjian yang dibuat sebelum ini.
Abdul Hadi dalam ucapannya sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat petang semalam berkata, tindakan kerajaan pusat itu juga membuktikan hilangnya semangat federalisme dan semangat persaudaraan kerajaan pusat dengan negeri-negeri malah menganggap pihak pembangkang sebagai musuh.
"Kita perlu ingat bahawa pembatalan (royalti) ini berlaku hasil daripada perhimpunan agung Umno pada tahun 2000,apabila adanya cadangan dalam perhimpunan agung Umno, usul yang mendesak agar dibatalkan royalti petroleum di Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan kerajaan pusat," katanya sewaktu membangkitkan perkara B6 02200, 020200 unit perancang ekonomi dan perancangan ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Apa yang lebih malang tegas Abdul Hadi, setelah royalti itu dirampas dan digantikan dengan wang ehsan sewaktu Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), wang tersebut digunakan untuk kepentingan kroni Umno BN, tanpa mengutamakan rakyat yang berhak ke atas wang tersebut.
"Malangnya wang ehsan ini, bukan rakyat yang diutamakan tetapi kroni diutamakan kerana duit yang sama dikendalikan oleh tangan-tangan tertentu samaada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib melalui projek-projek yang besar dan mewah.Maka diutamakan kroni-kroni tertentu dan hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat.Ini ternyata berlaku di Terengganu,"tegasnya.
Beliau juga kesal kini Kelantan pula mengalami nasib yang sama dengan Terengganu suatu ketika dahulu.
Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan perkara yang sama menuntut agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob mengotakan janjinya untuk menjawab segala perbahasan mengenai isu royalti khususnya yang sedang dituntut oleh Kelantan.
Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab di atas perkara itu dan memberikan layanan yang sama rata terhadap Pakatan Rakyat.
“Layanlah kami dengan adil.Kami tidak pernah mintak perkara-perkara yang di luar perlembagaan,” katanya.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta laluan untuk mencelah namun tidak diberi ruang oleh Salahuddin.
Kata-kata Salahuddin “ini bukan debat budak sekolah menengah” menyebabkan Tajuddin melenting dan menuduh Salahuddin menghinanya dan tidak menghormati Perdana Menteri.
Salahuddin bagaimana pun tidak menghiraukan kata-kata Tajuddin dan meneruskan ucapannya sehingga selesai.
HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:
ALHAMDULLILLAH...
TGHH telah pun tersedar atas kezaliman yang telah dilakukan keatas pemerintahan beliau di Terenggganu pada PRU10 yang lalu... semoga dgn ini tiada lagi usaha untuk meneruskan, apa yg di panggil UG bersama umno. noktah....
saya amat2 bersetuju degan perpaduan diantara umat Islam & melayu di negara ini, namun untuk bersekutu dgn parti umno adalah sesuatu yg amat salah. penyatuan melayu Islam boleh dilakukan dengan berbagai cara lain. tetapi tidak dengan parti umno. penyatuan boleh dilakukan dengan menjemput seluruh umat melayu & Islam menyertai perjuangan didalam PAS atau menyertai gabungan PAKATAN RAKYAT yang lain. tetapi tidak dengan parti umno.
semoga TGHH & pimpinan PAKATAN yg lain tidak lagi menulangi lagi kesilapan yg sama...
INSYAALLAH...
Catat Ulasan