KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.
Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.
Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.
"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.
"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.
Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.
"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz.
"Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.
Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.
Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.
Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
"SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing.
"Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.
HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:
SALAM,
KEPADA PEMUDA2 UMNO KELANTAN...
JAMBATAN TAMBAHAN SULTAN YAHYA PETRA BILA NAK SIAP DAAAA! SEPATUTNYA SIAP BULAN 12 TAHUN NI 2009.
NI LAH YG DI KATAKAN DALAM FILEM P.RAMLEE, 1 UNTUK AKU, 1 UNTUK KAU...
2 UNTUK AKU, 2 UNTUK KAU...
BUKAN RASUAH TAPI MEMBAHAGIKAN WANG EMAS...
sbab BN ni BENGONNNNGGGGGGGGGG
ketua pemuda kelantan dah kena beli..emak bapak depa pun sebenarnya mungkin menyesal membesarkan anak yang akhirnya menjadi ketua pemuda umno..tapi jika dah kelabu mata dengan wang ringgit dan rumah besar..tak dapat nak cakap apa apa lah...
orang kelantan khasnya dan lain lain negeri am nya pasti mengenali TGNA..sikapnya..budi pekertinya..
takkan lah ketua pemuda sanggup berkata begitu terhadap seseorang yang dihormati segenap lapisan bangsa dengan tuduhan yang tak berasas.. hanya kerana dapat sedikit projek..ada kereta mewah..rumah besar mungkin..dia tak tau ke itu semua bukan hak dia..hak rakyat..
Yang saya dengar TGNA sampai tak ambil elaun dia..serah pada rakyat..bukan banyak duit tapi bukti mengutamakan rakyat..tak mahu membelanjakan duit sewenang wenangnya..
orang beginikah dikatakan makan rasuah..
kamu kena ingat wahai ketua pemuda umno kelantan..ingatlah ALLAH sedikit..fitnah amat besar dosanya jika kamu ada ugama..tapi kalau kamu takda ugama..rasanya tak da kot..fikirlah secara logik..siapa itu TGNA!
Catat Ulasan