Menurut ceritanya, terdapat seekor katak yang tinggal dalam sebuah perigi yang cetek. Ia hidup dengan gembira setiap hari.
Pada suatu hari, si katak itu berkata kepada seekor penyu besar yang baru pulang dari Laut Timur, "Alangkah gembira hidupku ini! Jika mahu berfoya-foya, aku melompat-lompat sahaja di tepi pagar perigi ini. Setelah pulang, aku berehat, aku hanya berendam dalam perigi ini, kerana kebetulan, lumpur di dalam perigi ini hanya sedalam kakiku sahaja. Cubalah awak tengok si ketam dan si berudu di sebelah sana. Siapa yang lebih gembira berbanding denganku? Perigi ini seolah-olah milikku seorang. Hei, mengapa awak tidak turun dan melihat rumahku?"
Sebaik sahaja menjejakkan sebelah kakinya ke dalam "rumah" si katak itu, kaki kanan si penyu itu tersangkut pada dinding perigi itu. Maka ia terpaksa keluar semula. Setelah berfikir beberapa lama, ia memberitahu pengalamannya mengembara di laut kepada si katak itu. Katanya:
"Pada pandangan awak, adakah jarak beribu-ribu batu sudah terlalu jauh? Bagaimanapun, jarak itu pun tidak cukup untuk menggambarkan luasnya laut yang biru itu. Cenuram setinggi beribu-ribu meter memang agak tinggi. Namun, ia juga tidak dapat mengukur dalamnya laut itu. Pada era pemerintahan Raja Xiayu, China telah mengalami zaman banjir yang panjang. Namun, paras air laut tidak naik lebih tinggi. Semasa pemerintahan Raja Shangtang pula, bencana kemarau kerap berlaku. Namun, paras air laut tidak juga menurun. Alangkah luasnya laut itu, sehingga parasnya tidak begitu mudah naik turun akibat pertambahan atau pengurangan jumlah hujan yang turun. Inilah punca kegembiraanku untuk tinggal di dalam Laut Timur itu."
Setelah mendengar perkataan si penyu laut itu, si katak itu terkejut. Matanya kelihatan seolah-olah kehilangan cahaya semangat yang ditunjukkannya sebelum itu. Ia mula menyedari betapa sempit pandangannya sejak sekian lama.
Cerita teladan ini menasihati kita supaya kita jangan mudah lega dan mudah berpuas hati dengan pencapaian yang sedikit, sebaliknya kita patut terus memperbaiki segala kelemahan kita dan meningkatkan lagi usaha yang dilakukan selama ini.
Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu untuk berkongsi dengan kami pada laman web rancangan "Budaya Tradisi", iaitu http://malay.cri.cn/budaya.htm. Anda juga boleh mengirim e-mel kepada kami. CRI/-

2 ulasan:
Benar!!! sekiranya pakatan rakyat memerintah malaysia sejak lepas merdeka, insyaallah malaysia, lebih maju dan bertamadun dari sekarang. tapi belum terlambat untuk menyerahkan malaysia kepada pakatan rakyat dalam PRU13.
Benar apa yang dicatat pada ulasan yang pertama tadi. Kita sebagai rakyat yang memahami politik terbuka ini bijak menentukan masa depat negara kita yang tercinta ini dengan mengundi pada Pakatan Rakyat pad PRU13 nanti.
Catat Ulasan