Perdana Menteri negeri Qi, iaitu Zou Ji agak tegap dan tampan. Menurut ceritanya, pada suatu pagi, setelah mengemaskan bajunya, dia mula meneliti dirinya di depan cermin, lalu bertanya kepada isterinya, "Antara saya dengan Xu Gong yang tinggal di sebelah utara, siapa yang lebih kacak?"
Isterinya menjawab, "Pastilah abang lebih kacak. Rupa Xu Gong itu mana boleh bertanding dengan abang?"
Ketika mendengar jawapan isterinya itu, Zou Ji tidak berapa gembira.
Xu Gong, yang tinggal di sebelah utara bandar ini dianggap sebagai lelaki yang paling tampan di negeri Qi. Zou Ji tidak percaya bahawa dirinya lebih tampan daripada Xu Gong. Maka, dia pergi bertanya kepada gundiknya, "Pada anggapan awak, antara saya dan Xugong itu, siapa yang lebih tampan?" Gundiknya itu juga menjawab, "Pastilah abang yang lebih tampan."
Mendengar jawapan gundiknya itu, Zou Ji berkerut dahi lagi.
Pada hari berikutnya, seorang tetamu telah datang menziarahi Zou Ji, untuk meminta bantuan daripadanya. Ketika ditanya soalan siapa yang lebih tampan itu, tetamu itu telah memberikan jawapan yang sama juga, iaitu pasti Zou Ji lebih tampan berbanding dengan Xu Gong itu.
Pada suatu hari kemudian, Xu Gong telah datang menziarahi Zou Ji. Setelah memerhatikan Xu Gong dengan teliti, barulah Zou Ji menyedari bahawa dirinya sama sekali tidak setanding dengan Xu Gong, baik dari segi wajah dan bentuk badan, mahupun gaya yang ditunjukkannya.
Malam itu, Zou Ji berbaring di atas katil, sambil berfikir dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, dia mula memahami mengapa semua orang yang ditanyanya memberikan jawapan yang sama, iaitu dia yang lebih tampan. Isterinya memang terlalu sayang kepadanya, gundiknya mungkin takut kepadanya, dan tetamu itu pasti mahu mendapatkan bantuan yang dikehendaki dengan mengangkat-angkatnya.
Melalui cerita teladan ini, kita diberikan pengajaran bahawa seseorang itu patut menilai dirinya dengan betul. Jangan terlalu percaya kepada cakap-cakap manis atau pujian orang lain.CRI/-

1 ulasan:
Pakatan rakyat perak lebih kuat sekarang berbanding PRU12 yang lalu, nilailah sendiri, tetapi kerja perlu lebih kuat dan jangan lalai dengan tipu daya musuh..
Catat Ulasan