18 November 2009

PEMUDA PAS BANTU MANGSA KEBAKARAN

Email : Islam ku junjung

BATU KURAU- Dewan Pemuda PAS Larut sekali lagi menjuarai isu-isu kebajikan penduduk khususnya di kawasan parlimen Larut berikutan badan tersebut telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula,minyak masak serta sedikit wang perbelanjaan untuk menampung keperluan sebuah keluarga yang rumah mereka terbakar baru-baru ini.

Mangsa Amzah Lop, 48 yang mempunyai lapan orang anak berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa kejadian itu memusnahkan keseluruhan rumahnya dan tidak ada satu barang pun sempat diselamatkan. Pemuda PAS Larut yang diketuai oleh Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa.

Walaupun berbeza ideologi politik, PAS tidak memilih bulu dalam memberikan khidmat kepada masyarakat, ujar beliau. Penduduk di Dun Batu Kurau ini sangat memerlukan balai bomba untuk menangani masalah kebakaran. Sebelum ini semua rumah sudah hangus dalam kebakaran barulah pasukan bomba tiba. Ini akan membebankan rakyat di sini, ujarnya lagi. Selain itu Pemuda PAS Larut meyumbangkan sebuah kotak yang berisi pakaian serta 4 buah beg sekolah kepada anak mangsa untuk menyambung kembali persekolahan mereka.

Anda juga boleh menyalurkan sumbangan ke akaun :

(Dana pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut ).

BIMB 08040010033062


2 ulasan:

D'ayo berkata...

Bagi saya, kalau nak baca pasal ahli PAS membantu masyarakat, blog nielah yang akan saya baca dan selalunya hajat saya tercapai... SYABAS...

taiping pengkalan pr berkata...

mangsa dalam gambar tu adalah kawan saya. beliau memang hidup susah.terima kasih pas kerana membantu.