18 November 2009

Haji Nizar meriahkan Ihtifal PASTI Gopeng

Email : safarizal saleh

14 November 2009 (IPOH) - Konvokesyen atau Ihtifal Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Gopeng meriah dengan kehadiran salah seorang bapa pelajar iaitu Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pada hari yang bersejarah tersebut.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak di sebuah Hotel sekitar Ipoh meriah dengan kedatangan Ibu Bapa pelajar pada hari tersebut.

Salman di dalam ucapannya berharap PASTI menjadi satu medan untuk mendidik generasi muda ini di peringkat pra sekolah lagi. PASTI yang menerapkan elemen pendidikan Islam menjadi teras bagi pra sekolah ini.

'Kami yakin PASTI dengan visi nya kan memastikan sistem pra sekolah ini mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi' jelas Salman.

Majlis yang meriah tersebut turut di hadiri pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kawasan Gopeng.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

just wondering how DS Nizar manages his time?

his children still be able to have quality time with him despite him being ADUN and Ahli Parlimen